29 December 2008

Gaza

A wounded child awaits medical attention at the Shifa hospital
 
Hezbollah supporters and Palestinian supporters of 'Hamas movement' burns Israeli flag during a protest against Israel's attacks on the Gaza strip, at a southern suburb of Beirut, Lebanon, 27 December 2008.
 
 
Palestinian boy walk over a destroyed Hamas security building after Israeli missile strikes against Hamas security compounds in Gaza City.
 
 A Lebanese woman carries a Palestinian flag as she cries during a protest against Israel's attack on the Gaza strip, at southern suburbs of Beirut, Lebanon.
 
Locals view the damage after an Israeli Air Force strike on a Hamas military compound in the southern Gaza Strip town of Rafah.
 
 
 Smoke rises from Israeli missile strikes at Hamas security compounds in Gaza City.
 
An Israeli tank on guard near the border with the Gaza Strip near Nir Am on 27 December 2008 after the Israeli Air Force carried out multiple and massive air strikes against what it says were Hamas infastructure targets throughout the Gaza Strip. Palestinian sources inside the Gaza Strip report over 200 people killed and some 400 wounded, many of them Hamas police. 

A Palestinian man holds up a weapon as he takes part in a demonstration against the Israeli airstrikes on the Gaza Strip in the Ain el-Helweh Palestinian refugee camp near port city of Sidon southern Lebanon, 27 December 2008. Israel unleashed waves of airstrikes against the Gaza Strip on 27 December, targeting Hamas installations and personnel, and killing 200 people, in a long-expected retaliation for ongoing rocket fire from the salient. 


 
An Israeli soldier fires tear gas at Palestinian protesters during clashes at the market in the West Bank city of Hebron 27 December 2008. Israeli warplanes and combat helicopters pounded the Hamas-ruled Gaza Strip, killing at least 155 people in the bloodiest day for Palestinians in more than 20 years. Palestinian militants responded with rocket salvoes that killed an Israeli man and wounded several others, medics said.  
Photos by : Getty Images and James Wray
More news of what happen in Gaza, click here Satu umat.

Hijrah 1430

 

   Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
  Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
  Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


Selepas asar tadi, bermulalah tahun baru bagi sekalian umat Islam. Doa di bacakan agar hidup ini diberkati dan tahun hadapan akan lebih dirahmati dan  lebih bertaqwa kepada-Nya.

Semalam dah lepas, hari ini datang hari baru. Maka, permulaan baru dan azam baru. Syukur kita lepas hidup untuk setahun yang lalu. Cuma setahun yang akan datang kita tak tahu lagi.  Kan? 


Untuk azam tahun ini saya nak jadi orang, tahun lepas saya banyak main. Haha. *Ehem*. Sebenarnya tahun lepas banyak yang saya belajar. Macam-macam perkara saya belajar. Jadi saya namakan tahun lepas sebagai tahun "Stimulus". Selamat tinggal si tahun lepas! :)


Oh, hai si tahun baru! Apa azam anda semua tahun ini? Meh,  cerita sini sikit. Sudi? Haha. Saya sudi mendengarnya. Letakkannya pada kotak komen di bawah ni ya? Apapun, semoga amal berkadar langsung dengan umur!. yeah!
 :D


Selamat Tahun Baru Hijrah 1430 Semua! :D

P.S : Baru lepas dari sindrom "Writer's block" dan "Malas". Jadi saya agak lemau~ :|

26 December 2008

Nurul Islam

Masjid Nurul Islam ini merupakan satu-satunya Masjid besar di Pekan Patong ini dan juga dua buah Masjid di sekitarnya. Komuniti muslim di sini kebanyakannya adalah dari keturunan Melayu Pattani dan Siam. Ketika saya melawat sekitar komuniti ini, masjid besar ini masih di dalam pembinaan dan masih banyak kekurangan. Sungguh pun begitu  mereka benar memanfaatkan apa yang mereka ada dan mengunakannya sebaik-baiknya. Melihatkan kepada komuniti muslim, anda tidak perlu khuatir kerana mereka juga saudara seagama dan mereka amat mesra. :)
 
  
  
  
  
  

 
  
2 kilometer dari Masjid Nurul Islam ini ada masjid yang lain iaitu Masjid Nurul Huda. Hampir saya tidak menemui masjid ini kerana ianya agak "tersorok". 
 

 
  
  
 

Di kawasan ini tidak sukar untuk mendapatkan makanan halal, kerana ada kedai makanan halal berada di sekitar masjid. Oh, mereka juga boleh berbahasa melayu! :D
 
  
  
 

21 December 2008

Mendarat di Tanjung Talang

Tiba di Phuket International Airport, saya menjangkakan keadaan yang sesak seperti di Bangkok tetapi rupanya ianya jauh lebih baik. Lebih baik lagi apabila pelawat dari Malaysia seperti kami tidak perlu memohon Visa kerana Malaysia antara 38 Negara yang diberi keistimewaan untuk  berbuat demikian. Walau bagaimana pun had lawatan bagi pelawat adalah selama dua minggu.  
 
Di kepulauan ini terdapat tiga pantai utama iaitu pantai Kata, pantai Patong dan pantai Karon. Penginapan saya adalah di Patong tower yang terletak di pantai Patong yang terletak kira 38 KM daripada lapangan terbang dan 550 baht (RM 55) sekiranya anda menaiki teksi. 


Masyarakat di sini terdiri daripada penduduk tempatan yang berketurunan siam, warga negara asing yang datang melawat atau pun menetap di sini dan juga melayu pattani walaupun komuniti mereka kecil. Tetapi yang paling jelas  adalah pelancong kulit putih yang datang dari pelbagai-bagai negara. Mereka adalah yang paling dominan di sini. 
Oh, penduduk di sini sangat ramah. Mereka akan sedaya upaya untuk membantu anda walaupun ada batasan di dalam komunikasi dua hala. Rata-rata  mereka kurang fasih berbicara di dalam bahasa inggeris. Ia benar, sehingga semua rancangan atau filem  di dalam televisyen mereka akan di alih bahasa kepada bahasa ibunda mereka.
 
 
Pernah tonton kartun Doraemon dalam bahasa thai? Hehe. Cuba lah.. Sangat lucu!. Hinggakan saya sendiri menontonnya sehingga tamat walaupun saya tidak memahami sepatah haram perkataannya. Tetapi jangan khuatir, tidak sukar untuk berbicara dengan mereka. Jika anda bertuah, mereka akan faham apa yang anda katakan. Jika tidak, waktu itu lah penyampaian cerita melalui lakonan akan sangat membantu anda. ;-)

15 December 2008

Terbang ke Tanjung Talang


Siapa tahu rupanya ianya Tanjung Talang. Sampai di Pulau Tanjung Talang ini cukup mengejutkan saya. Rupanya ia juga ada nama lain iaitu Junk Ceylon. Tanjung Talang adalah nama melayu bagi Pulau Phuket dan juga nama baratnya adalah Junk Ceylon. Heh?  Saya dah pening kepala. Cukup la dengan saya langsung tidak memahami apa yang penduduk di sini tuturkan. Hingga lain kali ya?

13 December 2008

Double Exposure : Double Out!

Dalam adat pertandingan, ada yang menang dan ada yang kalah. Jadi saya sedang mengikut adat yang kalah. Terima Kasih dengan sokongan anda selama saya berada di dalam Rancangan realiti fotografi Double Exposure. Kepada yang kurang pasti apa itu Double Exposure, klik sini untuk melihat  video promo.
Kembali ke rancangan! Lihat saya beraksi dalam cabaran memanah di Episod ketiga Double Exposure.
Klik sini untuk lihat.
Sambungan bahagian 2,
Sambungan bahagian 3,
Sambungan bahagian 4,
Akhir Sekali, Keputusan di pusingan penyingkiran!
Keputusannya? Saya tersingkir bersama dengan rakan sekumpulan saya iaitu Ai Yin, dan juga kumpulan Eddy dan juga Syaz. Ia adalah rancangan yang baik dan banyak yang saya pelajari daripada pengalaman tersebut!. Teruskan dengan menyokong rakan saya Syahira Shukri dan yang lain pula!. 
Fotografi bukan sekadar mengambil gambar, ianya lebih daripada itu. 
P.S : Seperti Al - Fatih ketika memanah.
P.S.S : Lihat video promo saya
P.S.S.S : Psst.. jangan gelakkan ya. Hehe.

08 December 2008

Mimi~ Si Lembu

 
 Hai disana! Nama saya Mimi, tetapi saya ni lembu jantan.


 
Hari ini hari yang bahagia. Saya tak tahu kenapa. Tapi kamu tahu apa yang membahagiakan saya?


 
Iaitu Makan! Daun pisang adalah yang terbaik!


 Kamu tahu? Saya rasa manusia patut makan daun pisang. 

 
Kenapa? Supaya lidah kamu panjang! Dan kamu tak perlu mengunakan jari tangan kamu untuk melakukan ini!. Menakjubkan bukan?


Eh?!


Apa tu?


 
Hah?! Tidak!


 
Oh, katakan ini mimpi!. Katakan! Oh.. Pening.. pening.. kepala ku pusing dong~

  
 Berpura-pura tidur.. Zzz.. Zzz.. Zzz.. berpura-pura... Zzz.. Zzz.. 




Sendiri

Waktu saya kecil dahulu saya selalu mengimpikan untuk tinggal seorang diri kerana di dalam imaginasi seorang kanak-kanak kecil seperti saya pada waktu itu, tinggal seorang diri bermakna tiada pengawasan dari keluarga. Saya boleh menonton kartun semahu saya, boleh makan gula-gula semahu saya dan lakukan apa juga yang saya mahu seperti yang saya lakukan ketika saya berumur  5tahun.
Ketika itu, saya belajar di TAKIS (Taman Asuhan Kanak-kanak Islam) yang hanya belajar di waktu pagi. Jadi waktu petang, saya akan ditinggalkan bersendirian di rumah seorang diri kerana ibu saya akan bekerja. Begitu juga dengan kakak saya, beliau berada di sekolah pada waktu  petang. Maka  sebelum ibu saya ke pejabat, beliau akan mendodoikan saya supaya saya tidur hingga petang dengan harapan saya tidak membuat onar di rumah.. bijak bukan ibu saya?.
Tetapi saya lebih bijak dengan berpura-pura tidur.. dan apabila ibu saya benar-benar pergi ke pejabat maka bermula waktu girang saya, menonton Power Rangers kesukaan saya!, makan aiskrim yang berharga 20 sen yang saya korek dari tabung saya sendiri dengan semahu-mahunya!. Haha. Sungguh gembira waktu itu.. “Alangkah baiknya sekiranya selamanya begini” fikiran kanak-kanak saya ketika itu.
Tetapi itu dulu, kali ini pada umur ini sekali lagi saya ditinggalkan bersendirian. Ya, kini saya berumur 21 tahun. Sepatutnya saya gembira kerana angan-angan saya ketika kecil dulu benar-benar menjadi kenyataan!.. Sungguh pun begitu, keseorangan ini benar-benar  membuatkan saya berasa keseorangan..
Esok merupakan Hari Raya Aidiladha yang akan disambut oleh seluruh muslimin dan muslimat di seluruh dunia, dan mendengar takbir esok mungkin cukup membuatkan saya pilu atau sekurang-kurangnya sebak.. Tiada ketupat, tiada kuah kacang dan tiada masakan rendang yang istimewa seperti selalu. Mungkin juga saya akan meraikannya bersama bhaiya-bhaiya di Restoran Mamak  berhampiran bersama roti canai ataupun roti tampal kesukaan saya. (Bhaiya! Here I come!~)
Ya, pada satu tahap anda akan merasakan tinggal seorang diri cukup membuatkan anda rasa sunyi dan anda sangat memerlukan seseorang. Seperti Chuck Noland lakonan Tom Hanks di dalam filem Cast Away yang berkisarkan mengenai seorang lelaki terkandas di sebuah pulau di Selatan Lautan Pasifik seteah kapal terbangnya terhempas. Keseorangan hampir membuatkan beliau kurang waras. Nasib baik beliau ada kawan.. iaitu Wilson lakonan mantap oleh sebiji bola keranjang. Beliau sungguh beruntung, sekurangnya ada yang sudi menemankan beliau.. mungkin selepas ini saya juga patut mencari sebiji bola keranjang untuk dijadikan kawan.
Ketika entri ini ditulis, jam menunjukkan 3:17 pagi. Agak lewat, saya patut  tidur dahulu.. sendirian dan sunyi seperti selalu. Apapun, Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua !. :)
 
Selamat pergi dan selamat pulang.. mak ayah. Semoga Haji yang mabrur buat kalian. InsyaAllah.

07 December 2008

Sungai Besar : Town with no river!

Sekitar bulan 6 yang lalu, saya bersama rakan saya fikri melakukan fotojurnal ringkas di pekan kami yang kami tinggal iaitu Sungai Besar. Haha, agak pelik kerana kami sibuk nak melakukan fotojurnal di tempat yang jauh tetapi tempat sendiri belum di terokai lagi. Antara tempat yang kami lawati adalah panggung lama, kawasan pekan dan pelabuhan nelayan. Jadi antara berikut adalah sedikit sebanyak dari dapatan kami.

Panggung Wayang Lama
Pangung wayang lama ini merupakan antara tempat tumpuan penduduk  di Sungai Besar suatu ketika dulu untuk menonton filem. Jika di lihat struktur bangunan ianya agak klasik. Bangunan tersebut kemudiannya di tukarkan kepada tempat bermain snooker dan kini di biarkan kosong. Ketika kami melawat bangunan tinggal ini difahamankan seseorang masih menjaganya dan menjadikannya sebagai tempat kediaman.


 
  
  

Pekan Sungai Besar - The Town
Bangunan di pekan ini terdiri banyak dari bangunan lama. Ada antaranya masih di bina daripada kayu dan utuh binaannya sejak saya melihatnya ketika darjah 3 dahulu!. Namun, pekan ini tetap berevolusi juga dengan binaan bangunan baru.


 
 
  
  
  
  
 
 

Pelabuhan Nelayan 
Di belakang kawasan pekan ini terdapat pelabuhan nelayan yang sibuk dan penuh dengan tongkang menangkap ikan. A fishy place to go there!

 
  
Semasa kami pulang dari pelabuhan nelayan, kami terjumpa dengan lori yang hendak "dijual". Subjek kami yang paling menarik hari itu. I love the shot! :)