31 October 2008

Rindu waktu dulu

Baru tadi saya meluncur (surfing) Internet dan kemudiannya terhenti di halaman Fotopages sahabat saya Shadie dan terbaca Entry beliau tentang My JB Photographer Family. Melihat gambar-gambar tu, Oh.. betapa saya merindui waktu itu.. :)

 
Ajek, ayares, haris,lan rasso,fendy,ditto,azmeir,daus,mega,tea_o,apis,bob dsn syafik (aku)
missing in shot: radiohed, ika shazreen, hakim
(Lagi gambar di fotopages beliau disini)

Ps : Shadie, kau tak rindu aku ke?

Pss : Jom kita main "chicken google " lagi nak? Peekok! :D

Psss : Hahaha. Aku rindu waktu dulu. Isk..

30 October 2008

Double Exposure? Double Wakenabeb?

Baiklah.. Mari jadikan ianya ringkas.

Mula-mula, ia tentang "Double Exposure"

Huah, saya ingat saya tak dapat.. dan saya sangat gembira untuk rakan saya.

Hingga Jumaat lalu.. rupanya,

SONY, anda semua hampir membuatkan saya terkena sakit jantung.


Saya juga di terima masuk! :)

ps : Biskut dan susu, "Ultimate" Ukenabeb!. Hahaha.

pss: Oh, bertambah lagi jadual aku. :(

23 October 2008

Rasa macam nak sakit (Feel Sick)

“ Tinggalkan lah apa yang meragukanmu dan kerjakanlah apa yang tidak meragukan mu”
-Hadits riwayat Tirmidzi dan Nasa’i

Pernah sampai satu keadaan yang kita boleh tak boleh menerimanya? Bila waktu tu anda akan terasa macam nak sakit (Feel Sick). Kadang kala perkara berlaku seperti yang anda mahu walaupun anda menyangkakan begitu.

Saranan saya, jangan cepat melatah! Ambil masa untuk berfikir dan tenangkan hati. Terlalu terbawa-bawa boleh membawa penyakit!

p/s: Ia berlaku kepada semua orang termasuk saya. Jadi semua orang itu termasuk anda juga. ;)

Menyedapkan Hati Sendiri


Dr. Samuel Johnson mengatakan : 

“Kebiasaan melihat sisi baik semua peristiwa jauh lebih berharga daripada penghasilan 1000 pound sterling dalam setahun”

Dr. Samuel Johnson yang ketika itu dengan “quote” nya  ini tinggal di Eropah dimana pound sterling digunakan sebagai matawang utama. Jika kita di Malaysia ini akan mengunakan Ringgit Malaysia sebagai  mata wang.  Maka jika ditukar nilai maka 1000 pound sterling ini adalah bersamaan dengan RM 7000. (Wohoo~ kayoo!)
Tetapi, perlu diingatkan bahawa setiap peristiwa yang berlaku keatas diri kita itu adalah lebih KAYA daripada RM 7000 itu tadi.
Saya : Fikir-fikirkan, dan selamat beramal… (tapi masih sedih lagi~ huuuu)  ;)

Gembira untuk rakan terbaik!

Another Professional Photographer in the making. Hehehe~

Jangan Kalah, Jangan menoleh ke belakang lagi. Kamu boleh lakukannya dan kamu tahu itu. ;)

Eh? Salah Tu!


Orang kata nama menunjukkan karakternya. Kalau namanya bermaksud “pemimpin” ia akan bersifat seperti pemimpin. Dalam kes ini nama saya juga tak terkecuali. 
Nama saya adalah :

NUR MOHD SYAFIQ  AZUAN AL-AS’SAD BIN SUDIRMAN

(Nama yang kontroversi setiap kali mengisi boring rasmi kerana tidak cukup kotak. Aduh!)
Tetapi ia akan mempunyai maksud  yang lain sekiranya di tulis seperti ini?
 Yeh? bila masa ayah ku Sukarno?
Arkh! Itu bukan nama aku!

20 October 2008

Si Pakcik driver bas : Amar Makruf Nahi Mungkar

Firman Allah SWT bermaksud:

“Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan saja akan menimpa orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah SWT Maha berat azab seksanya.”

(Surah al-Anfal, ayat 25)

Sedang menunggu bas untuk bertolak di puduraya. Terkejut saya dengan "bebelan" yang entah datang dari mana?.

Seorang pakcik driver rupanya.

Tanpa ragu-ragu terus men"sound direct" kepada sepasang merpati dua sejoli yang salah menghinggap tempat bermadu kasih iaitu di dalam bas (kawasan jajahan pakcik driver tersebut).

Sekalian alam kemudian bergema, dengan teguran keras lagi menusuk kalbu kepada sesiapa yang terasa. :)

"Kau orang berdua jangan bawak SUWEY atas bas ni!, kalau kau nak bercengkerama pergi tempat lain! Jangan atas bas aku! Malulah sikit dengan orang lain!" lebih kurang bunyinya dari pakcik driver tersebut.

Terkebil-kebil pasangan merpati itu. Kesian juga, tapi siapa suruh buat tahi hal?

Ada logiknya jugak, sebab itu di dalam bas MARALINER (jika anda perasan, di bahagian depan bas) ada mempunyai slogan  

" Anda sopan, Saya segan"

dan apabila slogan itu di langgari nescaya anda akan menerima nasib seperti merpati salah landing tadi.

Fikir-fikirkan, selamat beramal ;)

p/s: Pakcik driver bas, post ini untuk pakcik. We salute you! :)

18 October 2008

Sila Jangan tidur selepas subuh

Bila anda telah bangun untuk waktu subuh, saya menasihatkan anda untuk tidak tidur kembali kerana anda akan tergolong di kalangan orang-orang yang ''malang''.

Saya teringat akan kata-kata ustaz saya, Ustaz Muntalib '' Orang yang tidur kembali selepas subuh kurang murah rezekinya ''. Beliau benar sungguh dengan quote beliau ketika itu kerana, ketika post ini ditulis saya telah lewat 2 JAM 3 MINIT dari matlamat asal.. Dan sekarang ini masih terus mendefinisikan perkataan 'lambat' itu!.

P/s : tiada solat yang dikorban untuk artikel ini. :-)

Debat itu sukar

Ianya sangat sukar dan ianya susah.. Tapi Alhamdullillah, kami JOHAN!


p/s: Kena keep on going! masa tak tunggu kita

17 October 2008

Banyak benda yang berlaku sampai tak sempat nak post.

Salam,

Dua minggu ini banyak perkara yang berlaku sampai kadang-kadang tak menang tangan? Minggu lepas saya ke "SONY Alpha Convention 2008" selama tiga hari. Bertolak pulang ke Johor Bahru pada hari ahad dan sampai pada malamnya.

Keesokkan paginya bertolak semula ke utara menuju ke Kuala Lipis, Pahang untuk menyertai "Debat Ala Parlimen IPGM Kebangsaan 2008" yang berlangsung di IPTAA (Institut Perguruan Tuanku Ampuan Afzan).

Hari ini saya singgah ke Kuala Lumpur untuk menjengah ke KLPG (Kuala Lumpur Photography Festival) pada esok hari (sabtu). Ahad kembali pulang ke Johor Bahru.

Oh, minggu depan ada puisidrama!

Banyak benda  yang berlaku sampai tak sempat nak post.

p/s : mungkin saya patut hentikan fungsi blog ini dari menjadi diari!

14 October 2008

The Alpha Adventure !



It's confirm!. I have received the confirmation letter from George from Sony for an invitation to the MOST awaited confererence ever! " SONY Alpha Convention 2008" at Le Meridian Hotel (cool huh? ~)  :) Thanks SONY. Can't wait to go.. Can't sleep.

08 October 2008

Heritage

Walaupun RAYA setahun sekali.. jangan lupa balik ke sini ye? Ni je yang kita tinggal. :)


Tips Raya

Bagaimana hendak memastikan anak anda tidak bermain Biskut api (firecracker) ketika Lebaran ini?



Senang jee.. Kurung mereka. Hee~

Kenapa saya suka RAYA?




Sebab sedara-mara saya akan balik berkumpul di kampung..




Saya boleh lompat sambil memakai baju raya dengan sepupu-sepupu saya..


Kami boleh dinner Candle light bersama.. walaupun takde candle..


Main bunga api.. sambil pusing-pusing..


Dan boleh JUMPshot lagi!



Bunga Api lagi..





Oh.. kawan sebujang saya pun sukakan JUMPshot. ;)

What we eat for RAYA?


Asal time raya je.. kuih tunjuk (nota kaki : kuih yang di khaskan kepada orang yang malas nak buat kuih sendiri. Beli je).

Kalau tak makan kuih... kita makan makanan rasmi hari raya iaitu lemang! Ketupat!. Hehe.. itu terlalu common la dude (terlalu biasa)..

Jadi, apa yang kami makan bila raya bagi penduduk Jawa di kawasan Riverlargeville? (Sungai besar).. Kami makan PECAL.

PECAL
  • Makanan yang ideal untuk vegeterian.
  • Amat mudah disediakan. Celur aje.. segala ulam yang ada di sekililingan rumah anda.
  • Tak perlu khuatir kegemukan (aku terasa...)
  • Dan.. tak semua tempat ada.. heee~

Selamat Hari Raya!



Harapan aku Raya ini,

Ampunkan segala silap dan salah.
Yang jauh didekatkan , yang dekat dirapatkan.
Buang yang keruh, ambil yang jernih.
Umat Islam di seluruh dunia sentiasa di rahmati oleh -Nya.
Eratkan persaudaraan dan jangan bermusuhan
Perbaiki diri.. Jadi yang lebih baik.
Kurangkan Kontroversi , tingkatkan prestasi.
Fikir-fikirkan .. dan selamat beramal.. (macam kenal je quote ni?)
Selamat Hari Raya Semua! Maaf Zahir dan batin! :)

07 October 2008

Sahur Yang RACISM

Disebuah Restoran Mamak Di Setapak, Selangor.
Mamak : Mau makan apa Incik? Mee Goreng ada.. Canai ada.. Semua ada.
Aku : Nasi Goreng Ayam ada tak?
Mamak : Ada-ada.
Aku : Hee.. bagi aku satu.
Mamak : Melayu kaMamak?
Aku : Eh?.. Er..Melayu (Semerta alam aku kepelikan sambil melihat kad pengenalan untuk memastikan jenis kaum aku)
Mamak : Ok, Melayu satu! (Sambil bersiul gembira berlalu pergi)
Kawan aku : Dia Tanya kau nak Nasi Goreng stail Melayu ke Mamak?
Aku : Oh.. Ye kee? (Sungguh “Racism” restoran ini..) bebel ku di dalam hati.

06 October 2008

Hari ini hari KC (Bukan King Congo)



Harus diingatkan sekali lagi disini, "KC" bukan lah bermaksud kepada "Raja Congo" (King Congo). Ianya adalah Kak Chik, ataupun nama sebenarnya beliau adalah Nurfarah Nadiah Bt. Zulkifly.

Persoalannya.. kenapa kali ini saya menulis tentang beliau? hehe.. :)

Oh, ada tak saya memberitahu yang beliau merupakan "classmate" saya? merangkap penolong editor? haha. Ya, dialah.. Rajin budaknya. Upahnya ringkas! Segelas air Oligo Coco ais (kerana beliau telah memboikot MILO) ;)

Baiklah, rangkap-rangkap diatas tu semuanya adalah selingan.. Kembali ke topik sebenar. KC, hari ini 19 September pada 21 20 tahun yang lalu kamu telah dilahirkan. Jadi Selamat Hari Lahir!! Panjang umur murah rezeki hendaknya (dan biar jadi tinggi sikit :-P ). Tulisan ini khas untuk kamu. ;)

Sekurang-kurangnya ESAIMEN kurang membunuh dari MEROKOK



Ali : Gile Esaimen banyak!!! Boleh mati kering aku!!

Abu : Eh? I tot merokok lagi boleh memati keringkan kau?

Ali : Kenapa kau cakap macam tu pulak?

Abu : Ye lah, satu rokok tu dah kompem-kompem mematikan kau cepat, yang kering tu bila kau dah habiskan duit kau untuk beli rokok. tak ke kering kau dibuatnya? Tu baru betul mati kering..

Ali : .. .. ..... .. ..... ...... ....

Abu : Eh? kenapa muka kau berubah?

Ali : . . . . . . . (tersedu-sedan)

ps : Perbualan diatas mengunakan nahu dan struktur bahasa melayu yang kucar kacir fahamannya. :)

"Mari Sahur" TT McD UTM




Salam.

Malam tadi, sesi berTT fotografer kawasan JB telah diadakan denagn tema "MARI BERSAHUR!" bersempena dengan bulan Ramadhan. Sesi tersebut telah berjalan dengan jayanya. Berikut ialah laporan ringkas yang telah disediakn oleh saudara Ajak (penganjur TT).

Assalamualaikum.


Aku buat report seringkas mungkin sbb tgh menjalankan kewajipan menjaga
anak ketika wife aku dipaksa kerja arini.Nanti dah kembali tenang, aku
akan sambung utk full report.So aku bg point2 je.





1. Alhamdullillah, TT malam tadi telah berjalan dengan baik sekali.

2. Kedatangan sungguh memberangsangkan.Rasanya ada dalam 30
orang.Tunggu full list utk kedatangan.Aku kagum ngan org2 yg jauh, baru
balik keja dan x lupa juga org yang dekat2 buleh hadirkan diri.

3. Sesi koyak gambar dengan mengambil lanskap dan bangunan sebagai
tema.Yus @chegu radiohead telah menjadi ketua panel utk kritik
memandangkan beliau mmg arif dan power giler bab ini.Terima kasih juga
kepada geng2 yg berikan pendapat masing2.


*alamak anak aku nangis.nanti aku sambung lagi.

Sekian laporan..

Kesimpulannya pada saya. TT yang dianjurkan semakin teratur dan baik. Rata-rata memberikan respon yang baik (walaupun ada yang malu-malu lagi termasuk saya.. ngehehe.. :) )

Siap ada yang siap lari dari hospital kerana nak join TT ni. Mereka yang datang pada malam itu saling bertukar-tukar pendapat, pengalaman dan ilmu dari guru-guru dan orang-orang lama yang pakar. ;)

Kredit saya berikan kepada saudara Ajak kerana orang kuat yang paling tak letih membuat aktiviti-aktiviti seperti ni. (Saya tabik! :) ).

Majulah fotographer JB!

ps : Akem, kau memang kental sebab lari dari hospital. haha!
pss : Abg Azmier, Tahniah kerana mendapat cahaya mata lagi. :D
Psss : Abg Ajak, saya dah jadi spy. Sundaenya mana? :P
pssss : TT malam tu best! Tak sabar tunggu TT akan datang! :)
psssss : Syukur selalu ;)


Hati.. Hati-hati

Post ini saya tujukan khas kepada rakan saya, Power Ranger Pink.

“Truly in the heart there is a sadness that can not be removed except with the happiness of knowing Allah (SWT) and being true to Him.

And in it there is an emptiness that can not be filled
except with love for Him and by turning to Him and always remembering
Him.

And if a person were given all of the world and what is in it, it would not fill this emptiness.”

- Ibn Al-Qayyim
:)

I have a very BAD English

As the title mentioned above. Don't get me wrong. It's not that Bad English (An American rock band supergroup formed in 1988). Yes, indeed.. I have a very bad english+ a very bad grammar+ and very bad Pronounciation. So, lets combine them together shall we? I have a very bad "Engrammaciation". >:) (Haha, another "Kerosakan Bahasa")

But the point is, I still want to use it.

Actually, what about this "English" anyway? First of all, Thanks to globalization, the Allied victories in World War II, and
American leadership in science and technology, English has become so
successful across the world that it's escaping the boundaries of what
we think it should be. In part, this is because there are fewer of us:
By 2020, native speakers will make up only 15 percent of the estimated
2 billion people who will be using or learning the language. Already,
most conversations in English are between nonnative speakers who use it
as a lingua franca.

But, English have been localised by the non-native speakers have changed/modified/fried/"Rojak"? the English to suite their local demand language. Finally, A New-born language.. Introducing, Chinglish, Manglish, and others. So be it..

Anyway, the main point of this post is.. Forgive me I have a very bad english (grammar, structure and etc) in Future. :)

Syukur Selalu

Freedom Film Fest 08



TokRimau, Phewitt dan LanRasoo.. cubaan menjerit tak tentu hala. Huahuahua. ;)

Salam.

Amaran, Esaimen mampu membunuh anda! (sebab tu post kali ni lambat, saya terkontang -kanting menyiapkan esaimen.. :( )

Sekitar 14hb September lalu FFM 08 telah diadakan di Tropical Inn, Johor Bahru. Apakah? Mari saya beritahu. :)



Ia adalah mengenai kebebasan individu / kumpulan/aktivis yang difilemkan. Kebebasan disini saya merujuk kepada sudut yang amat luas. Agama, hak, kuasa, korupsi dan Seks. Segalanya di perlihatkan disini. Tetapi saya melihat FFF ini sebagai platfrom kumpulan pendapat yang berbeza duduk di satu tempat untuk cuba memahami dan bukannya menyerang. Ada agenda lain?

Sebenarnya matlamat utama adalah untuk melihat sendiri Amir Muhammad dari dekat tapi beliau tak hadir. Tak apa la. Boleh tengok filem pasal Artikel 11 (artikel mengenai kebebasan beragama?).

Acara yang ok? Ok rasanya. Sebab untuk menjadi jujur (to be honest) sahabat dari agama dan bangsa lain kurang memahami pandangan mengenai isu-isu macam ni dari sudut Islam. Jadi, sesi dialog ini membantu sekurang-kurang menjelaskan kepada mereka apa pandangan kita sebagai muslim. Ia mungkin sensitif.. tetapi perbincangan itu perlu. ;)

Racun !

Cukup lah.. Jangan diracun lagi diri ini. Aku tetap dengan apa yang ada. Aku tahu, dia memang terbaik!. Sesiapa yang tengok mesti tak tenang sampai hati membuak-buak nak memiliknya.

Aku pun macam tu dulu. Nak jugak memiliki dia. Tapi.. dia jual mahal sebab dia antara yang "barang panas" (hot stuff) masa tu. Aku kecewa... Ye la, aku tau siapa aku. Budak-budak lagi.. tak matang.. Tapi Jangan salahkan aku.. aku masih muda masa tu. tak tahu apa-apa perkara tentang ini..

Selepas tu, aku jumpa dengan yang lain. Orang kata tak berapa bagus sebab dia murahan? Ye ke? Pandangan mata pertama mempengaruhi aku. Terus, aku berusaha untuk memilikinya. Alhamdullillah.. dapat jugak. Dan aku sangat gembira. :)

Masuk ni, dah tujuh bulan aku dan dia.. semua baik sahaja. Hinggalah... kenapa abang Fariz boleh memiliki dia?? Ah! biarlah.. rezeki dia.. Biar lah aku dengan apa yang ada. Haha.

Macam mana abang fariz boleh dapat dia? D80 tu? teracun jugak aku.. :(



Haha. dunia.. dunia.. kau ni memang la.

Biarlah.. aku masih setia lagi dengan dia ni.. pada aku.. dia masih terbaik! ;)



ps : ye ke aku nak tukar system? haha...
pss : lain kali le kalo ada rezeki..
psss: Syukur selalooo. ;)