06 October 2008

Racun !

Cukup lah.. Jangan diracun lagi diri ini. Aku tetap dengan apa yang ada. Aku tahu, dia memang terbaik!. Sesiapa yang tengok mesti tak tenang sampai hati membuak-buak nak memiliknya.

Aku pun macam tu dulu. Nak jugak memiliki dia. Tapi.. dia jual mahal sebab dia antara yang "barang panas" (hot stuff) masa tu. Aku kecewa... Ye la, aku tau siapa aku. Budak-budak lagi.. tak matang.. Tapi Jangan salahkan aku.. aku masih muda masa tu. tak tahu apa-apa perkara tentang ini..

Selepas tu, aku jumpa dengan yang lain. Orang kata tak berapa bagus sebab dia murahan? Ye ke? Pandangan mata pertama mempengaruhi aku. Terus, aku berusaha untuk memilikinya. Alhamdullillah.. dapat jugak. Dan aku sangat gembira. :)

Masuk ni, dah tujuh bulan aku dan dia.. semua baik sahaja. Hinggalah... kenapa abang Fariz boleh memiliki dia?? Ah! biarlah.. rezeki dia.. Biar lah aku dengan apa yang ada. Haha.

Macam mana abang fariz boleh dapat dia? D80 tu? teracun jugak aku.. :(



Haha. dunia.. dunia.. kau ni memang la.

Biarlah.. aku masih setia lagi dengan dia ni.. pada aku.. dia masih terbaik! ;)



ps : ye ke aku nak tukar system? haha...
pss : lain kali le kalo ada rezeki..
psss: Syukur selalooo. ;)

1 comment:

fariz said...

hehe...lawak la ko shafik weh...racun2..!!!
tkpe2...kamera tk penting..yg penting org yg memetik kamera tu..ade skill..seme bleh jadik....ye tk??

Post a Comment

Hantarkan maklum-balas anda kepada penulis. Maklum balas anda adalah perlu untuk :

1) Memastikan penulis tidak bercakap sorang-sorang.
2) Tahu siapa anda, dan melompat ke blog anda juga.
3) Membuatkan penulis terus tersenyum-perasan dan terus menulis.

Sekian. :)

Terima Kasih kerana membaca! :D