06 October 2008

"Mari Sahur" TT McD UTM




Salam.

Malam tadi, sesi berTT fotografer kawasan JB telah diadakan denagn tema "MARI BERSAHUR!" bersempena dengan bulan Ramadhan. Sesi tersebut telah berjalan dengan jayanya. Berikut ialah laporan ringkas yang telah disediakn oleh saudara Ajak (penganjur TT).

Assalamualaikum.


Aku buat report seringkas mungkin sbb tgh menjalankan kewajipan menjaga
anak ketika wife aku dipaksa kerja arini.Nanti dah kembali tenang, aku
akan sambung utk full report.So aku bg point2 je.





1. Alhamdullillah, TT malam tadi telah berjalan dengan baik sekali.

2. Kedatangan sungguh memberangsangkan.Rasanya ada dalam 30
orang.Tunggu full list utk kedatangan.Aku kagum ngan org2 yg jauh, baru
balik keja dan x lupa juga org yang dekat2 buleh hadirkan diri.

3. Sesi koyak gambar dengan mengambil lanskap dan bangunan sebagai
tema.Yus @chegu radiohead telah menjadi ketua panel utk kritik
memandangkan beliau mmg arif dan power giler bab ini.Terima kasih juga
kepada geng2 yg berikan pendapat masing2.


*alamak anak aku nangis.nanti aku sambung lagi.

Sekian laporan..

Kesimpulannya pada saya. TT yang dianjurkan semakin teratur dan baik. Rata-rata memberikan respon yang baik (walaupun ada yang malu-malu lagi termasuk saya.. ngehehe.. :) )

Siap ada yang siap lari dari hospital kerana nak join TT ni. Mereka yang datang pada malam itu saling bertukar-tukar pendapat, pengalaman dan ilmu dari guru-guru dan orang-orang lama yang pakar. ;)

Kredit saya berikan kepada saudara Ajak kerana orang kuat yang paling tak letih membuat aktiviti-aktiviti seperti ni. (Saya tabik! :) ).

Majulah fotographer JB!

ps : Akem, kau memang kental sebab lari dari hospital. haha!
pss : Abg Azmier, Tahniah kerana mendapat cahaya mata lagi. :D
Psss : Abg Ajak, saya dah jadi spy. Sundaenya mana? :P
pssss : TT malam tu best! Tak sabar tunggu TT akan datang! :)
psssss : Syukur selalu ;)


No comments:

Post a Comment

Hantarkan maklum-balas anda kepada penulis. Maklum balas anda adalah perlu untuk :

1) Memastikan penulis tidak bercakap sorang-sorang.
2) Tahu siapa anda, dan melompat ke blog anda juga.
3) Membuatkan penulis terus tersenyum-perasan dan terus menulis.

Sekian. :)

Terima Kasih kerana membaca! :D