20 October 2008

Si Pakcik driver bas : Amar Makruf Nahi Mungkar

Firman Allah SWT bermaksud:

“Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan saja akan menimpa orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah SWT Maha berat azab seksanya.”

(Surah al-Anfal, ayat 25)

Sedang menunggu bas untuk bertolak di puduraya. Terkejut saya dengan "bebelan" yang entah datang dari mana?.

Seorang pakcik driver rupanya.

Tanpa ragu-ragu terus men"sound direct" kepada sepasang merpati dua sejoli yang salah menghinggap tempat bermadu kasih iaitu di dalam bas (kawasan jajahan pakcik driver tersebut).

Sekalian alam kemudian bergema, dengan teguran keras lagi menusuk kalbu kepada sesiapa yang terasa. :)

"Kau orang berdua jangan bawak SUWEY atas bas ni!, kalau kau nak bercengkerama pergi tempat lain! Jangan atas bas aku! Malulah sikit dengan orang lain!" lebih kurang bunyinya dari pakcik driver tersebut.

Terkebil-kebil pasangan merpati itu. Kesian juga, tapi siapa suruh buat tahi hal?

Ada logiknya jugak, sebab itu di dalam bas MARALINER (jika anda perasan, di bahagian depan bas) ada mempunyai slogan  

" Anda sopan, Saya segan"

dan apabila slogan itu di langgari nescaya anda akan menerima nasib seperti merpati salah landing tadi.

Fikir-fikirkan, selamat beramal ;)

p/s: Pakcik driver bas, post ini untuk pakcik. We salute you! :)

6 comments:

retro said...

hehe baru sebulan ek tp byk post..hahaha

azaHmaeL said...

baru lepas puasaaa dah buat dosaaa (rentak lagu tu bia tepat siket):)

kalaw jumpe pakcik bas tu kate kat die aku kem salam!~ hahaha

Syafik said...

Reply :


Retro : Huhu. Tak tahu.. aku tulis je apa2 aku rasa nak tulis.

azaHmael : Macam kenal je lirik tu? haha. Boleh2, nanti aku ke pudu akan aku sampaikan salam kau itu. :p

susu dan biskut... said...

haha!
Go pacik GO!

Tawel Sensei said...

Dear pakcik, jangan lupa juga untuk mengamalkan kesopanan dan keseganan ketika memandu di jalan raya. :D

Syafik said...

Susu dan biskut : Pakcik tu memang kool

Tawel Sensei : Er.. itu tak jamin sebab rasanya pakcik tu drift sepanjang perjalanan ke Johor Bahru. ;)

Post a Comment

Hantarkan maklum-balas anda kepada penulis. Maklum balas anda adalah perlu untuk :

1) Memastikan penulis tidak bercakap sorang-sorang.
2) Tahu siapa anda, dan melompat ke blog anda juga.
3) Membuatkan penulis terus tersenyum-perasan dan terus menulis.

Sekian. :)

Terima Kasih kerana membaca! :D