09 November 2008

Storm Chaser

Setelah balik dari aktiviti tikoos malam tadi kira-kira jam 3.30 pagi. Saya rasa nak stay up kejap menunggu hingga subuh. Tetapi kemudian..


Dum! Bum! Zasss! Bum! bum! (Nota : ini adalah bunyi guruh dan petir)

Petir sambung menyambung di luar!. Agaknya kerana adrenaline muda saya terlalu cepat melonjak, saya terus melompat keluar tingkap bilik 3tingkat saya tu dan duduk di anjungan untuk menangkap gambar Petir ala-ala macam Storm Chaser tu Saya capai kamera apa sahaja yang sempat saya capai.. dan ianya kamera Canon 400d dia. Boleh je. ;)

To the point, saya tangkap gambar petir. ;)

Kecik je petirnya, tapi ok la. Saya suka! :)
nota : Kalau tak faham terma - terma biologi, sila bertanya pada Dr. Azah. Hehe)

ps : Terima kasih kepada pemilik 400d neh. Kamera beliau memang best. :)

Tikoos Legacy : Flash Photography




Salam.. Cit..cit..

Malam tadi, Tikoos Anggun legacy mengadakan aktiviti Ke"ketikusan" dan Cikgu Yon sebagai mahaguru dalam flash fotografi. Aktiviti bermula Jam 10.00 dan tamat 2.30 pagi. Best ke tak best? Beesstt! Cit.. cit..

Aspek yang disentuh:

  • Perkakasan
  • Fundamental
  • Teknik
  • Teori dan praktikal

Tikoos in action!



Result :

ps : Best malam tu, dapat Ilmu baru. Terima Kasih Cikgu Yon!
pss : Terima Kasih kepada Ajek!. :)
psss: Abg Mazrul juga untuk map ke markaz tikus.
pssss: Oh, Cikgu juga sebab bagi tumpang kete. Hehe.

08 November 2008

Seseorang telah menjadi Tua!


The World is three days: As for yesterday, it has vanished, along with all that was in it. As for tomorrow, you may never see it. As for today, it is yours, so work in it.
- Hassan al-Basri


ps : Hahaha. Saya tak lupa la. ;)
pss: Saja bagi lambat-lambat.
psss: Bila nak belanja makan neh? :p

07 November 2008

Malam Tadi kan..

Serius.. memang tak tahu SN ada datang JB. Lama tak check forum.
Nasib baik geng Lubuk Tikus Anggun roger.

Saiful Nang datang JB
Oh.. muka aku masih lagi blur2.. ( Baru lepas main futsal laa)

ps : Terima kasih kepada Abg ajek ( Gambar kat atas tu yang botak dan peluk perut) kerana me"Roger" saya. :D

pss: Foto ehsan oleh castrodesauza

Pertempuran Kertas Ujian: Teknologi Maklumat dalam Pendidikan.

Apa yang saya jawab?

1) Apakah Teknologi Pendidikan?
Teknologi Pendidikan ialah teknologi yang sepatutnya digunakan untuk mengajar tetapi dibawa balik oleh guru-guru pulang ke rumah untuk kegunaan sendiri. (hehehe)

2) Nyatakan Kebaikan Media pengajaran dalam pendidikan.
- Boleh “copy and paste” kalau buat kerja! Hahaha. Tak payah susah-susah nak taip. 
3) Dalam teori Kon Pengalaman Dale terdapat dua belas tingkat pengalaman. Tingkat pengalaman yang paling konkrit berada….?
Er.. ni pangsapuri ke apa ni? Sampai 12 tingkat? Konkrit? Er.. Tingkat Basement kot.. sebab dia ada tanah dan batuan dan juga konkrit

4) Dalam Penghasilan bahan pembelajaran yang baik, pemilihan bahan seharusnya mengambil kira beberapa aspek tersebut iaitu yang paling utama…
A)Pastikan ia murah.
B) Sesuai dengan murid
c) Memotivasikan
D) Menarik
Jawapan saya : Haaaa! Saya pilih A) Murah!. Yang lain tu tak penting! Hahaha. 
Itulah sedikit sebanyak soalan peperiksaan pada hari pertama. Sekian..

Ps : Pertempuran yang lain tak sampai hati saya hendak letakkan disini kerana “karut”tan terlalu banyak. Haha.
pss : Saya patut mula kurangkan mengarut. Hehe.


05 November 2008

Terlalu cepat

Saya agak terganggu dua tiga hari ni. Oh, biarlah.. saya dah penat. Ini sedikit penyeri muka dari saya. ;)

 
Hakmilik Whattheduck
ps : saya macam kamera tu ke?
pss : Entah la..

01 November 2008

PORTFOLIO : My works