07 November 2008

Pertempuran Kertas Ujian: Teknologi Maklumat dalam Pendidikan.

Apa yang saya jawab?

1) Apakah Teknologi Pendidikan?
Teknologi Pendidikan ialah teknologi yang sepatutnya digunakan untuk mengajar tetapi dibawa balik oleh guru-guru pulang ke rumah untuk kegunaan sendiri. (hehehe)

2) Nyatakan Kebaikan Media pengajaran dalam pendidikan.
- Boleh “copy and paste” kalau buat kerja! Hahaha. Tak payah susah-susah nak taip. 
3) Dalam teori Kon Pengalaman Dale terdapat dua belas tingkat pengalaman. Tingkat pengalaman yang paling konkrit berada….?
Er.. ni pangsapuri ke apa ni? Sampai 12 tingkat? Konkrit? Er.. Tingkat Basement kot.. sebab dia ada tanah dan batuan dan juga konkrit

4) Dalam Penghasilan bahan pembelajaran yang baik, pemilihan bahan seharusnya mengambil kira beberapa aspek tersebut iaitu yang paling utama…
A)Pastikan ia murah.
B) Sesuai dengan murid
c) Memotivasikan
D) Menarik
Jawapan saya : Haaaa! Saya pilih A) Murah!. Yang lain tu tak penting! Hahaha. 
Itulah sedikit sebanyak soalan peperiksaan pada hari pertama. Sekian..

Ps : Pertempuran yang lain tak sampai hati saya hendak letakkan disini kerana “karut”tan terlalu banyak. Haha.
pss : Saya patut mula kurangkan mengarut. Hehe.


No comments:

Post a Comment

Hantarkan maklum-balas anda kepada penulis. Maklum balas anda adalah perlu untuk :

1) Memastikan penulis tidak bercakap sorang-sorang.
2) Tahu siapa anda, dan melompat ke blog anda juga.
3) Membuatkan penulis terus tersenyum-perasan dan terus menulis.

Sekian. :)

Terima Kasih kerana membaca! :D