29 December 2008

Hijrah 1430

 

   Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
  Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
  Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


Selepas asar tadi, bermulalah tahun baru bagi sekalian umat Islam. Doa di bacakan agar hidup ini diberkati dan tahun hadapan akan lebih dirahmati dan  lebih bertaqwa kepada-Nya.

Semalam dah lepas, hari ini datang hari baru. Maka, permulaan baru dan azam baru. Syukur kita lepas hidup untuk setahun yang lalu. Cuma setahun yang akan datang kita tak tahu lagi.  Kan? 


Untuk azam tahun ini saya nak jadi orang, tahun lepas saya banyak main. Haha. *Ehem*. Sebenarnya tahun lepas banyak yang saya belajar. Macam-macam perkara saya belajar. Jadi saya namakan tahun lepas sebagai tahun "Stimulus". Selamat tinggal si tahun lepas! :)


Oh, hai si tahun baru! Apa azam anda semua tahun ini? Meh,  cerita sini sikit. Sudi? Haha. Saya sudi mendengarnya. Letakkannya pada kotak komen di bawah ni ya? Apapun, semoga amal berkadar langsung dengan umur!. yeah!
 :D


Selamat Tahun Baru Hijrah 1430 Semua! :D

P.S : Baru lepas dari sindrom "Writer's block" dan "Malas". Jadi saya agak lemau~ :|

6 comments:

Reds said...

Azamku dh disebut dalam blogku...namun yg pastinya tahun dpn mesti lbh baik dr thn ini...

sufian said...

selamat menyambut maal hijrah juga..syafiq :)

Lee said...

salam maal hijrah!
tahun ni ingat nak jadik budak baik. haha.

Syafik said...

@Reds : Ya, Melihatkan kepada azam yang kedua itu mengingatkan saya saya berguru dengan en. Harris memandangkan guru yang saya hendak menuntut itu telah terbang ke China dan belum kembali. Entah bila kurang pasti pula saya. :D Bolehkah En. Harris? Nanti saya belanja Tauhu bakar di Restoran Anggun. ;)

@Sufian : Selamat menyambut maal Hijrah juga en. Sufian! Terus memerangi virus! :D

@Lee : Salam maal Hijrah juga. :D Eh? tahun lepas tu belum jadi budak baik lagi ke? Hehe. Eh, Mat Novel. Teruskan membaca dan membuat ulasan ya? ;)

susu dan biskut... said...

UUUUUUU!

Salam Maal Hijrah! Halalkan mana yang kurang ye?
Kot-kot ada yang tertinggal ke...*berpeluh2*
Maaf ye?
Semoga azam tahun baru u tercapai! *ehem!*

Syafik said...

@susu dan biskut : Ahhhaa!~ Orang yang bersalah lagi di kehendaki!

Salam Maal Hijrah juga! Sama ya, Halalkan juga kot ada yang tertinggal? *mengeletar ketakutan*

Semoga azam tahun baru u juga tercapai! :D

Post a Comment

Hantarkan maklum-balas anda kepada penulis. Maklum balas anda adalah perlu untuk :

1) Memastikan penulis tidak bercakap sorang-sorang.
2) Tahu siapa anda, dan melompat ke blog anda juga.
3) Membuatkan penulis terus tersenyum-perasan dan terus menulis.

Sekian. :)

Terima Kasih kerana membaca! :D