21 December 2008

Mendarat di Tanjung Talang

Tiba di Phuket International Airport, saya menjangkakan keadaan yang sesak seperti di Bangkok tetapi rupanya ianya jauh lebih baik. Lebih baik lagi apabila pelawat dari Malaysia seperti kami tidak perlu memohon Visa kerana Malaysia antara 38 Negara yang diberi keistimewaan untuk  berbuat demikian. Walau bagaimana pun had lawatan bagi pelawat adalah selama dua minggu.  
 
Di kepulauan ini terdapat tiga pantai utama iaitu pantai Kata, pantai Patong dan pantai Karon. Penginapan saya adalah di Patong tower yang terletak di pantai Patong yang terletak kira 38 KM daripada lapangan terbang dan 550 baht (RM 55) sekiranya anda menaiki teksi. 


Masyarakat di sini terdiri daripada penduduk tempatan yang berketurunan siam, warga negara asing yang datang melawat atau pun menetap di sini dan juga melayu pattani walaupun komuniti mereka kecil. Tetapi yang paling jelas  adalah pelancong kulit putih yang datang dari pelbagai-bagai negara. Mereka adalah yang paling dominan di sini. 
Oh, penduduk di sini sangat ramah. Mereka akan sedaya upaya untuk membantu anda walaupun ada batasan di dalam komunikasi dua hala. Rata-rata  mereka kurang fasih berbicara di dalam bahasa inggeris. Ia benar, sehingga semua rancangan atau filem  di dalam televisyen mereka akan di alih bahasa kepada bahasa ibunda mereka.
 
 
Pernah tonton kartun Doraemon dalam bahasa thai? Hehe. Cuba lah.. Sangat lucu!. Hinggakan saya sendiri menontonnya sehingga tamat walaupun saya tidak memahami sepatah haram perkataannya. Tetapi jangan khuatir, tidak sukar untuk berbicara dengan mereka. Jika anda bertuah, mereka akan faham apa yang anda katakan. Jika tidak, waktu itu lah penyampaian cerita melalui lakonan akan sangat membantu anda. ;-)

16 comments:

Reds said...

bestnya gi tmpt org...

Syafik said...

Best juga. Tapi tempat sendiri pun lagi best. :D

Nurul Khairunie said...

woohoo!

kusu said...

haha..nice pic lol

Syafik said...

@Nurul Khairunie : :)

@Kusu : Wah? dengar-dengar sudah keluarkan template blog sendiri? Haha. Tahniah!.

Abqori said...

Bestnya, tapi jangan pula lupa untuk menundukkan pandangan. :))

Memang mereka ini taksub sangat-sangat pada bahasa mereka. Abqori tahulah sebab Abqori dikelilingi oleh komuniti orang-orang Thailand juga di Mesir ini. Haha!

Di sekolah-sekolah mereka, tidak dibenarkan untuk berbicara di dalam bahasa pasar ataupun menggunakan sebarang slang, tak kiralah apa-apa jenis slang, samada utara, kelate ataupun jawa. :p Hanya bahasa rasmi sepenuhnya digunakan. Sesiapa yang melanggar peraturan ini, mereka akan didenda dengan satu bhat bagi satu kalimah(orang pattani sebut satu kokt).

Tapi bila duduk dengan golongan ini, Abqori kadang-kadang terasa di asobiyah kan juga. Bila mereka nak berbicara hal-hal yang rahsia, mulalah bercakap bahasa Siam. Geram betul. Mentang-mentanglah Abqori tak faham. Tapi sekarang Abqori tak terasa sangat. Sebab Abqori pun dah mula faham.

Syafik Bengai Bang? Haha!

p/s: Tangok Doraemon tu ok lagi. Cuba bayangkan Abqori ini, hari-hari tengok Naruto, Dragon Ball dan Detektif Conan dalam Bahasa Arab. Sikit-sikit saja nak gelak. Nasib baik Sin Chan tak diterjemahkan, bahkan tak ditayangkan. Kenapa ya? Mungkin kerana isu-isu kepala gajah yang sensetif agaknya! Huhu!

Syafik said...

@abqori : Sungguh ia banyak onak dan cubaan, berada di sana membuatkan saya sangat asing. :|

Tetang bahasa juga saya setuju, kerana rata pengunaan bahasa lain adalah kurang. Nasib baik saya tidak bertutur di dalam nahu Jawa saya, mungkin juga teruk bilangan kokt yang saya akan kena.

Ek? Apakah maksudnya "beng bai" itu ? hahaha. Saya hanya tahu "ka pung kap" itu pun selepas selesai membeli makanan. :D

P/S : Cerita Shin chan pasti akan di kecam hebat! haha. Eh? Abqori? Bagaimana nak sebut "Rasengan" dalam bahasa arab? :p

Abqori said...

Ha, maksud "Bengai Bai" itu, Syafik carilah sendiri. Kerja rumah itu. Syafik kan sudah berada di tanah tempat tumpah dari mereka. Macam Bahasa Melayu kitalah, cara kedua dalam mengekspresikan perkataan "Apa Khabar?"

Yang itulah yang buatkan saya asyik-asyik tergelak bila tengok Naruto. Semua diterjemahnya. "Jutsu", "Rasengan", "Byakugan", "Shidori" semuanya habis diterjemah. Sampai tak ingat Abqori.

Nanti bila Abqori ingat, Abqori sebut. Malas nak cakap namanya yang Abqori tak pasti, risau-risau kalau terbuat penipuan ke atas Naruto. Haha! (Ayat pusing.)

Abqori said...

Ops. Bukan "Bengai Bai", tapi "Bengai Bang?". Serasanyalah.

MazrulHisyam said...

Jalan kau jalan syafik, berpa banyak shutter count kau korbankan? Dah menuntut ngan Si Radiohed tak ilmu jalanan? Keepedup!!!

Syafik said...

@Abqori : Alamak abqori.. ketika entri ini ditulis saya sudah pulang ke tanah melayu la. Haha. Beng bai! Beng bai! (Masih tak tahu maksudnya. hehe)

@Mazrulhisyam : Sungguh saya tak sempat menuntut dengan guru radiohead kepada beliau telah terbang ke China. Aduhai.. Takpe cikgu Mazrul ni ada. Pun boleh~ :D

AyAres151 said...

pegi tak ajak siooootttt....ni nak marah nih...

haniko said...

nice !

sufian said...

raja mongkut ke berapa gambar last tu ...hehe

Syafik said...

@AyAres151 : Ek? jangan la marah bang. Bukan tak nak ajak. Saya pergi pun dalam kecemasan. Peace~ :)

@haniko : Terima kasih. :)

@Sufian : Saya rasa selamat kerana en. Sufian pakar antivirus sudi melawat ke blog hamba ini. :) Itu bukan raja mongkut dah.. itu raja kapur~ :D

sufian said...

sorry..saya bukan anti virus..saya adalah mangsa virus yang hanya berkongsi cerita.. haha :D

Post a Comment

Hantarkan maklum-balas anda kepada penulis. Maklum balas anda adalah perlu untuk :

1) Memastikan penulis tidak bercakap sorang-sorang.
2) Tahu siapa anda, dan melompat ke blog anda juga.
3) Membuatkan penulis terus tersenyum-perasan dan terus menulis.

Sekian. :)

Terima Kasih kerana membaca! :D