08 December 2008

Mimi~ Si Lembu

 
 Hai disana! Nama saya Mimi, tetapi saya ni lembu jantan.


 
Hari ini hari yang bahagia. Saya tak tahu kenapa. Tapi kamu tahu apa yang membahagiakan saya?


 
Iaitu Makan! Daun pisang adalah yang terbaik!


 Kamu tahu? Saya rasa manusia patut makan daun pisang. 

 
Kenapa? Supaya lidah kamu panjang! Dan kamu tak perlu mengunakan jari tangan kamu untuk melakukan ini!. Menakjubkan bukan?


Eh?!


Apa tu?


 
Hah?! Tidak!


 
Oh, katakan ini mimpi!. Katakan! Oh.. Pening.. pening.. kepala ku pusing dong~

  
 Berpura-pura tidur.. Zzz.. Zzz.. Zzz.. berpura-pura... Zzz.. Zzz.. 




26 comments:

susu dan biskut... said...

Hahaha!
Ades...
Rest in peace dear Mimi~
Hehe...

Syafik said...

@susu dan biskut : Mimi bakal dikorbankan pada hari ini. :D

Nurul Khairunie said...

teringat pula cerita KOMSAS tingkatan 4.
cerita pasal pusaran si lembu tu.
haha.

Izudin Abqori said...

Dibaca pada hari raya kedua, selepas subuh yang menenangkan. Namun tergelak-gelak keseorangan, dan mungkin berterusan sehingga bulan hadapan.

p/s: Mimi dikorbankan pada hari lahir Abqori. Sekali lagi, Abqori tak bersalah.

seriousinjury said...

Mimi yang tak comel...Mimi reti main UNO x?

Syafik said...

@Nurul Khairunie : KOMSAS tingkatan 4? yang cerita tentang lembu yang mempunyai pusaran di perutnya itu ya? Haha. Hampir terlupa dengan cerita itu. Dulu baca pun kerana hendak lepas peperiksaan. Hehe.

@Izudin Abqori : Haha, jangan la begitu. Kerana dikhuatiri akan di label sebagai meroyan akibat gelak seorang diri hingga tahun depan. Jadi, adalah di sarankan untuk gelak beramai-ramai supaya ianya tidak terlalu ketara.;)

p/s: Hari ini hari jadi abqori? Selamat Hari Lahir! Abqori memang tak bersalah. Kerana mimi dikorbankan kerana tuntutan. Saya juga tidak bersalah. Hehe.

@Seriousinjury : Adapan ketika komen ini ditulis, Mimi tidak pandai dan tidak akan dapat bermain UNO sampai bila-bila. ;)

~mademoiselle hana~ said...

nama tak boleh blah,mimi?hehahah

Syafik said...

@mademoisella hana : Mimi nama yang sesuai kerana ia melambangkan keamanan dan ketenangan. Sebab itu lah nama itu di pilih. :)

Tawel Sensei said...

Pandainya Abang Capik menangkap emosi lembu; happy lembu!

Syafik said...

@Tawel Sensei : Sungguh! ianya tidak disengajakan. Saya hanya menekan shutter. Selebihnya pada si Mimi untuk tugas mengayakan dirinya dan ekspresi muka. Mimi sememangnya berbakat!. Dia ada masa depan yang cerah di dalam bidang peragaan (modelling) :)

Papa-Itam said...

sian pulak tengok lembu handsome tu....kontrol macho jer bila menyedari aksinya sedang dirakam sebelum diriwayatkan.........

Syafik said...

@papa-itam : Jangan khuatir, sungguh pun ia telah ditamatkan riwayatnya, Mimi berbangga kerana beliau merupakan insan terpilih. ( Eh, haiwan!)

RockLanD said...

jgn takut wahai mimi. mungkin dia hnya mahu memotong tali ikatan tuh...(ayat sedpkan hati)
:))

aiyrie said...

Assalamu'alaikum,

Pertamanya, salam perkenalan buat Encik Syafik. Melayang ke sini dek kerana hembusan Encik Tawel.

Keduanya, amat tertarik dengan kisah di sebalik gambar-gambar terakhir mimi tersebut.

Ketiganya, amat setuju dengan pendapat Encik Syafik terhadap mimi. Beliau sememangnya berbakat dalam bidang modeling. Oh! Alangkah ruginya, beliau tidak sempat menyertai mana-mana agensi modeling.

Keempatnya, takziah kepada keluarga mimi. Kehilangan beliau pastinya amat dirasai. Mungkin rasa sup atau rendang.

Sekian dulu dari saya...

Syafik said...

@Rockland : Haha, sungguh. Hati mimi memang sedap. Eh? Bukan-bukan. Hati mimi telah disedapkan. Hm.. macam mana nak buat ayat yang sesuai ya? Haha.

@aiyrie : Waalaikumsalam Encik aiyrie, selamat melayang ke blog saya yang tak seberapa ini. :) Ada pun, si Mimi hampir menjadi seorang (seekor?) tetapi itu sebelum agensi modelling tersebut meletakkan syarat :

1) Boleh bertutur bahasa Inggeris.
2) Rela menjadi sup dan rendang.

p/s: Keluarga Mimi juga bercita-cita untuk mengikut jejak langkah Mimi. Tentunya bukan dalam bidang modelling. Tetapi musim Qurban yang akan datang.Hehe.:D

nooreena said...

Salam. Sama seperti Aiyrie, saya tersadai di sini kerana Hembusan. Mahu berterima kasih kepada Hembusan, Aperture atau diri sendiri? :D

Entri ini membuat diri tersengih seketika, kemudian pilu dengan kehilangan Mimi. Pengorbanan kamu amat kami hargai Mimi. Sungguh!


PS: Btw you are not talking all alone brother.

Syafik said...

Wasalam. Terlebih dahulu saya berterima kasih kepada nooreena kerana sudi di tiup hembusan untuk tersadai disini. Sungguh hebat hembusan ribut en tawel kerana saya juga pernah tersadai sama ke blog beliau.

Adapun ketika ini entri ini di baca, Mimi sudah tiada di muka bumi kerana tuntutan. Tetapi saya pasti beliau bahagia kerana kehilangan beliau amat bermakna kepada semua.

Terima Kasih sekali lagi. :)

Abqori said...

Abqori telah ceritakan tentang gambar-gambar ini kepada kawan-kawan Abqori dan mereka turut mahu ikut serta tertawa sehingga ke tahun hadapan. Jadi janganlah risau, kerana kami tertawa beramai-ramai. Maka royanan kami tetap tidak akan ketara.

Tapi, itu baru dicerita, cuba bayangkan kalau mereka sendiri melihatnya. Mungkin mereka akan terus-terusan tersengih-sengih sehingga beranak lapan.
Bahaya entri ini.

Sebenarnya, sekadar nak beritahu yang Abqori mendarat di sini pun dek kerana blog Hembusan. Ha, Cikgu Tinggi (Towil Sensei) jangan nak terkerang basi sendirian pula ya! Haha!

Kredit sikit!

Lee said...

haha! nak pecah perut dibuatnya! ;p

Syafik said...

@Abqori : Haha, Abqori. Sebenarnya kita pernah bertemu secara maya dahulu. Waktu itu saya masih tiada blog lagi. Seingat saya, Abqori baru mula menulis blog ketika itu. ;)

Betul la, saya rasa mimi sudah ada "fanbase"nya sendiri. Walaupun sudah selamat di masak. :D

@Lee : Hati-hati gelak Lee. Kalau pecah perut sekarang mcam mana pula nak gelak lagi waktu akan datang? Hehe. :P

rafiqa said...

haha! cute lah :)

Syafik said...

@rafiqa : Terima kasih. :D

sufian said...

nice story lah :)

Syafik said...

@sufian : Terima kasih. :)

zool said...

Kelako dok ada lah...
Pandai ko menggunakan eksperisi lembu ni..
Kreatif2..
Apa kisah seterusnya??? Adakah Mimi akan terselamat atau akan kembali ke penciptaNya??

Syafik said...

@zool : Terima kasih. :) Kisah seterusnya saya rasa Mimi tidak dapat diselamatkan. Selepas ini, mungkin saya akan menceritakan perihal kudin, seekor kambing yang bercita-cita tinggi. :D

Post a Comment

Hantarkan maklum-balas anda kepada penulis. Maklum balas anda adalah perlu untuk :

1) Memastikan penulis tidak bercakap sorang-sorang.
2) Tahu siapa anda, dan melompat ke blog anda juga.
3) Membuatkan penulis terus tersenyum-perasan dan terus menulis.

Sekian. :)

Terima Kasih kerana membaca! :D