07 December 2008

River Large Ville itu adalah Sungai Besar

Entri kali ini saya hendak menceritakan sedikit sebanyak mengenai tempat tinggal saya yang mungkin hanya sebilangan orang di Malaysia ini tak sangka tempat ini wujud di peta Malaysia. Rata-rata kenalan yang saya temui berasa agak baru dengan tempat yang bernama Sungai Besar ini. Ada antara yang saya temui:
(Soalan : S ,  Jawapan : J)
S : Sungai besar dimana?
J : Di Sabak Bernam.
S : Sabak Bernam di mana?
J : Kawasan paling utara di Selangor.
S : Oh.. Bandar baru di buka ya?
J : Heh?!
Walau apa pun saya tak salahkan mereka, kerana Sungai Besar itu sendiri merupakan kawasan yang agak “hujung” di dalam peta Selangor Darul Ehsan. Tapi saya percaya sekiranya nama “ Sungai Besar” di Google di carian internet pasti akan mengeluar sekurang-kurangnya 10 keputusan carian bahkan di Wikipedia ! .Ada pun Sungai Besar ini merupakan  pekan kecil yang terletak di dalam daerah Sabak Bernam yang mana daerah ini terletak di kawasan utara Negeri Selangor iaitu bersempadan dengan Negeri Perak.
Asal Usul
Mengikut cerita daripada nenek saya, dahulu di kawasan pekan ini sememangnya terdapat satu sungai yang amat besar yang merupakan sumber keperluan bagi penduduk disini. Besar mana sungai tersebut tidak lah saya ketahui kerana nenek saya tidak pula menangkap gambar untuk di tatap saya pada kemudian hari kerana waktu itu nenek saya masih kecil. Jadi, dari itu lah nama Sungai Besar ini di dapati iaitu dari Sungai yang besar. Tetapi pada hari ini mustahil atau misteri untuk menemukan sungai besar yang dikatakan itu di pekan ini kerana apa yang saya temui hanya lah parit yang besar atau pun longkang yang besar yang sering menjadi tempat riadah ala “Swimming pool” bagi kanak-kanak comel di sini.
Geografi
Kawasan Sungai Besar ini terdiri daripada beberapa kawasan unik iaitu sawah padi, kebun kelapa, bagan (pelabuhan nelayan), paya bakau dan pekan.Ia agak unik sehingga di akui oleh rakan saya sendiri yang datang melawat. Beliau merasakan bahawa pekan ini seperti “rojak” apabila masuk dikawasan pekan kita akan merasa seperti diantaranya.. iaitu sama ada kawasan pekan, kebun, Bandar atau perumahan. Bukan keliru ya? Tetapi unik..

Penduduk
Rata-rata penduduk disini adalah berbilang kaum di mana terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Tetapi kebelakangan ini pekan ini sering dikunjungi oleh pelancong-pelancong tegar seperti warga Pakistan, Bangladesh, Indonesia, Vietnam dan Myanmar. Menambahkan lagi warna-warni kaum di sini.
Kemudian, kaum melayu di sini pula terdiri daripada dua kaum besar iaitu Jawa dan Banjar. Kaum Jawa gemar tinggal berkelompok, begitu juga dengan kaum banjar. Namun mereka tetap serumpun walaupun cara komunikasi adalah pelbagai. Jika yang bertutur di dalam nahu Jawa Totok ( jawa pekat atau pure) maka hanya orang jawa sahaja yang memahaminya. Begitu juga dengan banjar masin (pure banjar) maka, banjar juga la yang memahaminya. Saya gemar mengunakan kedua-keduanya walaupun saya lebih di kategorikan sebagai Jawa mencret (Jawa kurang pekat).
Walaupun begitu ada juga kaum cina yang boleh bertutur jawa. Bunyinya agak pelik, tetapi ianya benar. Salah seorang yang saya  kenal adalah Uncle Ah ling. Beliau sering datang ke rumah. Daripada pengamatan saya, saya melihat beliau biasa-biasa sahaja.Tetapi apabila beliau mula mengunakan nahu jawa totok ketika berkomunikasi dengan nenek saya, cukup membuatkan saya terkesima selama  5 minit! Kerana saya sendiri tidak sefasih itu!. Jadi saya mula menimbangkan semula untuk mempelajari bahasa mandarin kerana saya mahu dia pula yang ternganga  melihat saya berbahasa mandarin. Hehehe..
Demikian Sedikit sebanyak mengenai Sungai Besar. Tempat tinggal saya, kampung saya membesar. Walaupun ia seperti nampak kekampungan.. tetapi bagi saya ia adalah kampung yang cool~ seperti Padang Jawa, Klang. ;-)

3 comments:

Tawel Sensei said...

Hehe, saya selaku penduduk Padang Jawa, berpendapat Sungai Besar adalah jauh lebih kool! Betapa ku menginginkan hidup di tempat seperti itu (dengan syarat di sana ada internet yang super duper laju!).

Malah, adalah tidak sekufu untuk membandingkan Padang Jawa dan Sungai Besar kerana:

Padang Jawa = kampung kecil;
Sungai Besar = pekan sederhana besar.


P.S. Ikan gelama kering satu!

susu dan biskut... said...

Macam nak tulis post pasal Alam Megah la pulak.
Antara isi-isi penting yang bakal ditulis:

- Ada surau, Surau Ad-din
- Ada taman permainan kanak-kanak
- Sebelum masuk ke surau mahupun taman permainan tu,
- Ada sebuah gerai burger
- Gerai burger tu di tepi jalan
- Gerai burger tu ada dua orang pekerja. Atau Bos!
- Bos 1: Pakcik Burger, tukang bungkus burger.
- Bos 2: Kakak Burger, tukang masak daging burger.
- Gerai burger tu jual burger yang paling sedap di alam semesta!
- Datanglah!

:P

Syafik said...

@ Tawel sensei : Eh? Tidak sekufu? Haha. Baru hendak mewujudkan persamaan diantara kita yang sememangnya sama en. tawel. Haha. Saudara Tawel jangan risau perkhidmatan super-duper laju itu kerana ianya ada disediakan disini sekiranya Streamyx Malaysia itu dikira laju pada hati dan perasaan en. tawel. Atau pun pengunaan Celcom 3G yang boleh diharapkan lajunya. (Baca : Sungai Besar sudah ada 3G! Hahaha) Mungkin satu hari nanti kita boleh berinteret di tengah sawah menghijau sambil tiup bayu. Oh.. sungguh cool waktu itu. ;)

P.S : Ikan gelama takde la encik tawel. Dah habis mak saya goreng. Sepat Ronggeng ada la. Boleh? :D

@Susu dan Biskut : Ada pun ketika entri ini ditulis saya mengidam-ngidamkan burger Alam megah yang mashyur itu dan masih menunggu penghantaran istimewa yang tak sampai - sampai lagi. Haha. Sungguh, menarik juga jika menceritakan mengenai Alam Megah tetapi jangan lupa disertakan dengan Tinyurl yang disediakan oleh beliau itu, ianya sangat membantu untuk orang yang pertama kali datang ke sana. Tidak perlu dijemput dengan kelisa putih sekiranya sesat. Walau apa pun saya percaya, burger Alam megah itu sangat sedap di alam semesta! walaupun saya berdepan dengan risiko sakit perut kerana was-was.. Kakak burger yang masak?!

Post a Comment

Hantarkan maklum-balas anda kepada penulis. Maklum balas anda adalah perlu untuk :

1) Memastikan penulis tidak bercakap sorang-sorang.
2) Tahu siapa anda, dan melompat ke blog anda juga.
3) Membuatkan penulis terus tersenyum-perasan dan terus menulis.

Sekian. :)

Terima Kasih kerana membaca! :D