08 December 2008

Sendiri

Waktu saya kecil dahulu saya selalu mengimpikan untuk tinggal seorang diri kerana di dalam imaginasi seorang kanak-kanak kecil seperti saya pada waktu itu, tinggal seorang diri bermakna tiada pengawasan dari keluarga. Saya boleh menonton kartun semahu saya, boleh makan gula-gula semahu saya dan lakukan apa juga yang saya mahu seperti yang saya lakukan ketika saya berumur  5tahun.
Ketika itu, saya belajar di TAKIS (Taman Asuhan Kanak-kanak Islam) yang hanya belajar di waktu pagi. Jadi waktu petang, saya akan ditinggalkan bersendirian di rumah seorang diri kerana ibu saya akan bekerja. Begitu juga dengan kakak saya, beliau berada di sekolah pada waktu  petang. Maka  sebelum ibu saya ke pejabat, beliau akan mendodoikan saya supaya saya tidur hingga petang dengan harapan saya tidak membuat onar di rumah.. bijak bukan ibu saya?.
Tetapi saya lebih bijak dengan berpura-pura tidur.. dan apabila ibu saya benar-benar pergi ke pejabat maka bermula waktu girang saya, menonton Power Rangers kesukaan saya!, makan aiskrim yang berharga 20 sen yang saya korek dari tabung saya sendiri dengan semahu-mahunya!. Haha. Sungguh gembira waktu itu.. “Alangkah baiknya sekiranya selamanya begini” fikiran kanak-kanak saya ketika itu.
Tetapi itu dulu, kali ini pada umur ini sekali lagi saya ditinggalkan bersendirian. Ya, kini saya berumur 21 tahun. Sepatutnya saya gembira kerana angan-angan saya ketika kecil dulu benar-benar menjadi kenyataan!.. Sungguh pun begitu, keseorangan ini benar-benar  membuatkan saya berasa keseorangan..
Esok merupakan Hari Raya Aidiladha yang akan disambut oleh seluruh muslimin dan muslimat di seluruh dunia, dan mendengar takbir esok mungkin cukup membuatkan saya pilu atau sekurang-kurangnya sebak.. Tiada ketupat, tiada kuah kacang dan tiada masakan rendang yang istimewa seperti selalu. Mungkin juga saya akan meraikannya bersama bhaiya-bhaiya di Restoran Mamak  berhampiran bersama roti canai ataupun roti tampal kesukaan saya. (Bhaiya! Here I come!~)
Ya, pada satu tahap anda akan merasakan tinggal seorang diri cukup membuatkan anda rasa sunyi dan anda sangat memerlukan seseorang. Seperti Chuck Noland lakonan Tom Hanks di dalam filem Cast Away yang berkisarkan mengenai seorang lelaki terkandas di sebuah pulau di Selatan Lautan Pasifik seteah kapal terbangnya terhempas. Keseorangan hampir membuatkan beliau kurang waras. Nasib baik beliau ada kawan.. iaitu Wilson lakonan mantap oleh sebiji bola keranjang. Beliau sungguh beruntung, sekurangnya ada yang sudi menemankan beliau.. mungkin selepas ini saya juga patut mencari sebiji bola keranjang untuk dijadikan kawan.
Ketika entri ini ditulis, jam menunjukkan 3:17 pagi. Agak lewat, saya patut  tidur dahulu.. sendirian dan sunyi seperti selalu. Apapun, Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua !. :)
 
Selamat pergi dan selamat pulang.. mak ayah. Semoga Haji yang mabrur buat kalian. InsyaAllah.

6 comments:

Izudin Abqori said...

Alahai, sedihnya bro kita ni! Janganlah macam ni, Abqori pun sedih juga. Abqori lagi teruk, hidup jauh di perantauan, ayah dah tiada, Mak jauh, famili di Malaysia dan esok pula raya. Ditambah lagi dengan winter bugs melanda jiwa.

Ini entri sedih kedua yang Abqori jumpa sempena raya ini. Entri pertama, mestilah di blog Abqori.

Lepas ini, kita tengoklah di blog Hembusan atau Susu dan Biskut pula. Manalah tahu kita semua raya tahun ini bersepakat bersedih jiwa. Hu!

Memang mantap lakonan sebiji bola keranjang itu.

Alahai, sedihnya!

susu dan biskut... said...

Huhu...
Memang sedih entri blog Bhaiyaku kali ini.
Janganlah rasa keseorangan. Sungai Besar dengan Taman Alam Megah tu tak jauh. Jemputlah datang ke rumah kami! Dapat jugak tengok teman masak-masak Nuryn. :)

Jangan sedih-sedih tau?
Rasanya, syahdu kita di sini, syahdu lagi mereka di sana.
Kita doakan mereka diberkati dengan haji yang mabrur. InsyaAllah.

p.s: U, tak payah tunggu bola keranjang. A200 tu pun boleh. :P

Abqori:

Saudara, mana ada entri sedih. Kalau semua orang sedih, siapa nak ceriakan kawan-kawan yang sedih jugak? Saya, alhamdulillah, gembira je di sini. :) Dan saya harap, kawan saya yang seorang ni pun gembira juga. Oh! Awak pun sama. Janganlah sedih-sedih dihari yang baik ni. OK?

Hembusan? Agak-agaknya dia sedih ke gumbira eh?
Harap-harapnya gembira jugaklah.
Amin.

Selamat Hari Raya Aidiladha.

seriousinjury said...

aku rase pilu mendengar luahan isi hati kau..jom UNO seframe..

Tawel Sensei said...

Eh Syafik, kau ni rindu siapa sebenarnya? Mak ayah di Tanah Suci? Bhaiya restoran Mamak? Atau Wilson? Hehe.

@Abqori, tahun ini, seperti mana tahun-tahun sebelumnya, ku tetap bergumbira di pagi raya walaupun ku jauh dengan orang-orang tersayang! :)

ibnasad said...

Assalamualaikum.

Waktu di TAKIS kau dan aku sama kelas. Kita pernah kena cubit dengan Cikgu Miskiah sebab masuk kelas ikut tingkap.

Kau suka pakai jam tangan kat tangan kanan. Baju pun full button sampai leher. Oh, sungguh comel!

Kau waktu tu pandai buat kapal terbang kertas, tapi aku melopong aje... Masa main kau cakap "Go. Maksudnya berlancarrrr.. Syuhhh", sambil mulut kau memuncung satu kilometer lebih.

Kalau loceng habis rehat bunyi aje, semua orang pun lumba lari untuk sampai kelas dulu. Ada satu pagi Adi Kurnia jatuh tergolek lalu mukanya menyembur darah sebab mencium aspal. Habis cucur udang yang dia makan waktu rehat tu terkeluar balik.

Pendek cerita, aku rindu kat kau dan homesick sebenarnya. Terima kasih sebab post kisah-kisah lama ni. Semangat sikit aku nak exam esok pagi. Orang lain raya qurban menyembelih lembu, aku raya qurban dalam exam hall. Hehe...

Eid mubarak ya akhi. Kullu 'am wa wantum bikhair.

Jumpa nanti insyaAllah :D

*kirim salam kat jejaka-jejaka Sungai Besar yang mengenali diri ini :P


Ibn Asad
Adelaide, South Au.

Syafik said...

@Abqori : Benar lah saya rasa abqori, kita ni ada bonding. Di kala kamu bersedih, saya juga bersedih. Cuma tidak terkena Winter Bug seperti abqori sahaja kerana Malaysia tiada musim winter. Yang ada cuma tropika sahaja yakni panas dan lembap sepanjang tahun.

Saya rasa Hembusan dan Susu dan biskut mungkin kurang seperti kita yang terkena wabak kerana hari-hari mereka sungguh indah dengan membina rumah pokok bersama-sama. ;)

@Susu dan biskut : Terima kasih wahai susu dan biskut, saya juga berdoa agar mabrur Haji mereka. Sesungguhnya Qaseh sangat bertuah mempunyai makcik seperti kamu. Oh, dan si Tarzan juga. :)

Apabila teringatkan Alam megah, saya sangat berharap KTM akan menambah destinasi laluannya sehingga ke Sungai Besar supaya memudahkan perjalanan saya walaupun pergerakan antara dua tempat itu memakan masa 2 jam 30 minit. Tetapi itu seperti menangguk di air yang keruh sahaja. Haha~ Ape la KTM tu. Apa pun, InsyaAllah saya akan datang untuk melihat Qaseh, teman main masak-masak Nuryn nanti. :)

@Seriousinjury : UNO seframe? Haha, Boleh. Sungguh saya telah bersedia. Cuma, khuatir saya yang akan tersenyum kerana letih menunggu 2 jam untuk menghabiskan UNO seframe itu. ;)

@Tawel Sensei : Saya rindu pada mereka yang berada di tanah suci, Perlu beraya bersama dengan Bhaiya Restoran Mamak dan Wilson, sahabat bola keranjang yang masih di dalam pertimbangan. ;)

Adapun benar kata-kata en.Tawel itu. Jangan jiwa-jiwa di pagi Raya tetapi perlu menjiwainya. ;)

@ibnasad :

Waalaikumsalam,

Sahabat jauh! Apa khabar di Adelaide sana? Sungguh entri ini seperti menjadi jejak kasih antara kita berdua. Haha~

Ya, waktu itu dengan Cikgu Miskiah. Masuk ikut tingkap adalah kepakaran kita kerana ianya mencabar, dan orang yang masuk melalui pintu adalah sungguh tidak mencabar!. Ada pun kenyataan comel itu memang selalu diperkatakan kepada saya waktu itu, tetapi waktu dengan jiwa kanak-kanak sungguh saya lebih tertumpu kepada aktiviti bermain seperti yang Ibnasad katakan tadi, sungguh imaginasi saya amat tinggi kerana menyangka kapal terbang itu akan pergi dengan jauh dan laju apabila saya menambah efek "Syuhh~" ketika pelancarannya. Oh, sungguh kanak-kanak saya ketika itu. Hehe.

Peristiwa habis rehat itu, sukar untuk saya lupakan. Kita akan berlai dahulu sebelum sempat doa habis makan dibacakan. Semuanya gara-gara untuk membuktikan kita adalah terpantas dan terlaju. Di tambah dengan mengelongsor diri di simen berhampiran sehingga terkoyak seluar sekolah. Tahniah. Tetapi lain pula pada Adi kurnia. Mungkin tersalah teknik. Maka, tergoleklah beliau bersama-sama cucur udangnya. Haha,kesian beliau. Tetapi dengan jiwa kanak-kanak kita ketika itu kita menambahnya dengan mengejeknya sehingga dia menangis dan menggugut untuk memberitahu ayahnya. Haha, sungguh saya tidak takut dengan ugutan itu kerana saya percaya saya adalah Power Rangers Merah ketika itu. Power Rangers mana boleh kalah dengan ayah orang?. Hehe.

Apapun sahabat jauh merangkap jiran ku, Qurban itu besar definisinya. Qurban di exam hall itu juga satu qurban. Selesaikan exam mu dan balik ke Malaysia cepat-cepat. Kemudian kita akan pergi Shot di sawah padi yang permai ini.

Selamat Hari Raya Aidiladha juga!.

P.S : Sawah sedang menghijau ni! Balik cepat. :D

Post a Comment

Hantarkan maklum-balas anda kepada penulis. Maklum balas anda adalah perlu untuk :

1) Memastikan penulis tidak bercakap sorang-sorang.
2) Tahu siapa anda, dan melompat ke blog anda juga.
3) Membuatkan penulis terus tersenyum-perasan dan terus menulis.

Sekian. :)

Terima Kasih kerana membaca! :D