06 December 2008

Senyum itu sedekah, Bulan juga tahu!


1 Disember 2008, seluruh bahagian asia di gemparkan dengan fenomena yang jarang-jarang berlaku atau dapat dilihat iaitu “Senyuman menawan si bulan”. Manakala di bahagian bumi yang lain seperti di Amerika Syarikat dan bahagian barat yang lain adalah berbeza senyumannya iaitu seperti ini :(.
Fenomena istimewa ini berlaku setiap 48 tahun sekali dan sekiranya anda juga melihat bulan tersenyum kepada anda di langit maka tahniah! Anda sebahagian daripada sejarah angkasa. Saya hampir terlepas melihat senyuman tersebut, mujur panggilan telefon bertalu-talu meminta saya merenung-renungkan langit. Betul la! Bulan tersenyum! Jadi ini lah dia..

Maha Suci Allah. :)

5 comments:

Tawel Sensei said...

Bulan tersenyum ni paling jelas senyumannya di Malaysia. Kat sini tak berapa sangat. Tapi apa pun, hamba tetap terlepas melihatnya. Ini gara-gara si Ira lambat beri khabarnya! Tiadalah mengapa karena 2056 ia akan muncul kembali. Semoga tuan hamba, hamba dan dia masih panjang umur di kala itu!

Haha~~

susu dan biskut... said...

Cheese...
Saya juga yang dipersalahkan???

Tidak mengapa tuan hamba. Tahun 2056 akan datang, tuan hamba pun bakal berumur 73 tahun, dan beta muda lagi. Muda remajaaa~
Muahaha~

Kita tengok lagi ye?
Set alarm/reminder sekarang!
:P

Syafik said...

@Tawel sensei dan @susu dan biskut :

Haha, tuan hamba berdua memang sweet~ dari atas pokok hingga la ke bulan tersenyum saya ini. Haha. Kalian usah gusar. InsyaAllah panjang umur murah rezeki kita akan dapat melihatnya lagi sekali pada 2056. Pada ketika itu kita akan melihat terus dari bulan, bukan lagi dari bumi dan kemudiannya tersenyum bersama anak-anak, cucu dan cicit kita. :D

Izudin Abqori said...

Masa Abqori tengok bulan senyum ini dari Mesir, ada delegasi dari Malaysia datang. Abqori tengok di Cairo sebab menyambut mereka. Abqori pelik juga kenapa student-student medik duduk kumpul-kumpul. Rupa-rupanya tangkap gambar bulan. Tapi, bulan tak senyum mana, sebab bintang yang dua itu tak kena susunannya. Esoknya Abqori tengok lagi. Susunannya kena. Sumpah! Tapi slack, sabitnya terbalik. Abqori malas nak cakap yang bulan tengah sedih. Tapi, abang Abqori dah cakap dulu.
Abqori tak bersalah.

@Syafik
Haha... Tingginya imaginasi. Agak-agaklah nak tengok terus dari bulan. Nak ke United Kingdom pun waktu tu Abqori belum tentu boleh sampai. Haha. Fulus problem, ma!

Syafik said...

@Izudin Abqori : Saya pun hampir hendak mengata hanya kelihatan bulan yang bersedih bagi penduduk bumi di bahagian yang lagi satu itu tetapi tidak sanggup hendak meluahkan. Mujur abang Abqori mengatakannya dahulu. Hehe~ Saya tak bersalah.

Abqori, kita di dalam kasut yang sama! ( we are in the same shoes!) sebab tiada fulus la saya berani berimaginasi dengan harapan ianya menjadi kenyataan. Walau apa pun, United Kingdom juga destinasi di dalam senarai harapan saya. Mungkin juga kita nanti dapat melihat bulan tersenyum lagi disana bersama anak-anak, cucu cicit kita disana pada 2056 nanti.;)

Post a Comment

Hantarkan maklum-balas anda kepada penulis. Maklum balas anda adalah perlu untuk :

1) Memastikan penulis tidak bercakap sorang-sorang.
2) Tahu siapa anda, dan melompat ke blog anda juga.
3) Membuatkan penulis terus tersenyum-perasan dan terus menulis.

Sekian. :)

Terima Kasih kerana membaca! :D