05 October 2009

Bendera : How to defend ourself against them?

3 days to go before the-so-called-invasion. So, I bring you..


A self-defense 101 guide by Gavin McInnes



Hehe.

“Fix the problem, not the blame.” - Catherine Pulsifer

"Penaklukan" Bendera

Ini serius. 3 hari sebelum "penaklukan" Bendera (Benteng Demokrasi Rakyat) ke atas Malaysia.


Adian Napitupulu, ketua "Bendera"


On Oct 8, Adian claimed, about 300 Indonesians – trained in ilmu kebal (black magic) which makes them invincible to sharp objects and bullets [1]– would invade Malaysia by attacking Malaysian towns in the island of Borneo (where Indonesia’s Kalimantan and Malaysia’s Sabah and Sarawak are located).

Ini serius. Sebab menakluk?

..claiming Indonesian islands (Sipadan, Ligitan and Jemur); stealing Indonesian cultural heritage (food like rendang [2], songs like Rasa Sayang Sayange, Injit Injit Semut, Burung Kakak Tua, and Anak Kambing Saya [3], and the Pendet dance); and abusing Indonesian workers.. 

Berita penuh - the star 4/10/2009

"I did not know what to expect – a man carrying a sharpened bamboo stick, perhaps?" - Philip Golingai

[1] Kalau dibom gimana sih? Bisa kebal enggak?
[2] Hei.. semua orang pun makan rendang?
[3] Anak kambing? hahaha. 

04 October 2009

Kenapa saya tidak menulis baru-baru ini #2



Kerana MQA nak datang pantau. Zzz..

P.S : Kopak pakcik bulan ni sebab beli fail banyak-banyak.

P.S.S : Kalau aku jadi Menteri Pengajian Tinggi. Aku nak mansuhkan MQA.


29 September 2009

Kenapa saya tidak menulis baru-baru ini #1

Kerana saya jumpa buku New Malaysian Essays 2.






P.S    : Saya rasa New Malaysian Essay 1 lebih baik.
P.S.S : En. Tawel. Saya dah ada dah.. haha.  

25 September 2009

Salam



Batuk.. batuk..[1] Kesempatan dalam entri segera ini, saya syafiq azuan memohon ampun dan maaf sekira ada tersalah kata, tersilap cara sepanjang saya menulis disitu dan disini, komen tak reply, mesej cbox tak balas, blog tak update [2]. Raya jemput datang ke rumah. Nanti dapat duit raya. Makan pun dapat. Keberkatan pun InsyaAllah dapat. Sengih*. Akhir kata Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua~!.

Nota kaki :
[1] Habuk. Blog buruk ni dah berhabuk.
[2] Ye.. saya nak start update le ni. :D

Baca lagi..

17 July 2009

Boys will always be boys


Prolog

Pagi tadi sekolah aku ada buat ujian untuk pelajar. Aku jaga darjah 3. 3 Cerdik. Aha, aku suka darjah 3 Cerdik  ni sebab bila habis kelas aku akan dapat hasil "tuaian". Hasil untuk hari ini :



Firdauz punya Bumblebee. Dia bawa mainan ke sekolah. Aku nak rampas. Tapi dia tak nak bagi. Lagi dipaksa, lagi tak nak bagi. Jadi aku tukar taktik. " Firdauz, cikgu nak pinjam. Boleh?" Sekonyong-konyong dia beri, sambil tersenyum. Aku senyum. Dalam hati " Hehe.. bertuah le cikgu nak pulang balik pada kamu dauz.. hehehe.."

Beli juga


Aku tak rancang pun nak beli. Nampak masa isi minyak di Petronas. "Hensem juga ya." aku beli.


Firdauz, lets roll out!


Serius dauz, cikgu rasa Optimus Prime cikgu lagi kacak dari bumble bee kamu tu. 

Ps :  Besok, budak-budak ni bawak mainan apa pula ye? hehe.



Baca lagi..

20 May 2009

9 Teknik menjawab yang pasti gagal

Berikut adalah Teknik menjawab yang pasti membuatkan anda gagal dalam peperiksaan semester ini.

1) Jangan libatkan "Bond" yang lain dalam Kimia.



2) Bukan Explain yang ini!.




3) "Expand" juga kadang-kala bukan bermaksud "menjarakkan".




4) Jangan meletakkan "faktor ajaib" lain dalam soalan fizik.




5) Jangan Tawakal dulu, baru usaha.




6) Terlalu permudahkan.




7) Pastikan anda benar-benar tahu menyelesaikan punca kuasa dua.




8) Jangan bias gender dalam Matematik!.




9) Terlalu "lurus" dalam soalan kimia.



Sumber : Laman Sesawang dan pengalaman yang lalu.

16 May 2009

Eid Al-Mualim

Tahun 1999 (Dahulu) 


Ini cikgu saya ketika berada di Tahun 6. Dengan anak-anak murid dia. 6 Cempaka namanya. Kelas nombor 2. Saya berdiri yang ke-enam dibarisan belakang sekali.  Waktu itu tahun 1999. Cikgu saya cikgu Aisyah. Yang juga merupakan makcik saya.  Makcik saya ni garang tapi baik. Dia mengajar sains. Kerja dia mesti disiapkan. Kalau tak siap? Maka siaplah anda dengan "roti panjang". Kamu tahu roti panjang?. Cubalah. Sedap juga. Cuma pedih.

Dia makcik, makcik juga. Cikgu pun, cikgu juga. Bila sampai bab hukuman. Tiada imunisasi langsung walaupun ada title "anak saudara" pada cikgu Aisyah. Sebat tetap sebat, dengan "roti panjang" tu. Sakit, memang sakit. Tapi sakit itu besar maknanya. Saya ingat sampai hari ini.


Tahun 2009 (Kini)


Ini saya, hari ini. Tahun 2009. Saya bersama dengan anak-anak murid saya pula. Sama seperti makcik saya dulu. Saya mengajar Sains. Juga sama seperti Cikgu saya dulu. Cuma bezanya saya tak gunakan "roti panjang" seperti makcik saya.

Sebaliknya, saya membelanja mereka makan roti di kantin sekolah. Itu rasanya lebih baik. Tak ada rasa pedih macam "roti panjang". Kenyang lagi ada la budak-budak tu. Biar mereka rajin belajar.

Tapi, sebatan guru itu yang mengajar saya. Besar jasa "roti panjang" tu sebenarnya. Sebesar jasa seorang Guru yang saya tahu..

Guru, Selamat Hari Guru..


p.s : Kepada rakan-rakan seperguruan yang membaca entri ini. Selamat Hari Guru Juga. :)

10 May 2009

Top 10 Lagu untuk Ibu

Saya masih ingat lagi pada umur 5 tahun ketika belajar di Taski (Taman Asuhan Kanak-kanak Islam) dimana kami diajar menyanyikan lagu 'ibu'. Tidak, ia bukan lagu nasyid, tetapi ianya lagu nyanyi Mamat iaitu kumpulan Exist ketika itu. Maka, arakian kami pun menyanyikanlah lagu tersebut, tidak perlahan dan kami menjerit!. Sedar tak sedar. Ibu saya memandang dari luar.. Haha. *Segan*


Kompilasi Terbaik
Berikut adalah kompilasi terbaik lagu 'Ibu' pada saya yang terdapat di dalam simpanan. Ada yang dari zaman saya kecil hinggalah kini.


10) Jamrud - Kamu dan Ibumu
Kumpulan yang berasal dari Cimahi, Jawa barat ini mungkin asing di negara kita tetapi pernah juga popular dengan lagu "Surti dan Tejo". Surti sumringah.. arjunanya pulang.. (sambung sendiri)




Lagu : Kau dan ibumu
Oleh : Jamrud

Tidurlah nak
malam telah larut
jangan tunggu
ibumu yang telah kabur

Nanti kalau kau sudah kelas lima
kita bicara kan semuanya
antara aku, kau dan ibumu

Berdoa nak doakanlah aku
biar cepat dapat ibu baru
yang enggak takut kukunya patah
waktu nyuciin semua popokmu
juga mandiin dan nyebokin kamu

Jangan nangis terus
beri waktu seminggu
biar ku cari
ku pilih, pengganti ibumu
tapi harus janji setelah dapat ibu
kau minum susumu dari botol plastik
kerna punya ibu
hanya untuk aku

Tidurlah nak
malam smakin larut
pejamkanlah matamu yang telah sayu
bila kau terbangun kerana mimpi
dan ku slalu ada disampingmu
menemanimu hingga pagi nanti


9) P. Ramlee - Ibu
Jika anda perasan, lagu ini pernah keluar di dalam iklan susu lembu yang turut dibintangi oleh anak angkat Allahyarham Tan Sri P. Ramlee iaitu Dian P. Ramlee sekitar 1990-an. Ia sememangnya iklan yang berkesan kerana saya sendiri masih lagi teringatkan lagu itu apabila terpandang tin susu jenama tersebut dipasar raya.




Lagu : Ibu
Oleh : P. Ramlee

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempat menyatakan kasih
Wahai ibu

Betapa tidak hanya engkaulah
Yang menyniari hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempatku menyerahkan kasih
Wahai ibu


8) Raihan - Odei Anak
Raihan adalah titik tolak saya mengenal nasyid selepas mula mendengar lagu sepohon kayu nyanyian Nada Murni. Raihan adalah antara pencetus revolusi nasyid pada ketika itu.





Lagu : Odei Anak
Oleh : Raihan

Hai anak nokeiloh ko idaah
Nosusah moti yamamu megentian dika
Odei anak nokeiloh ko idaah
Nosusah tomod yamamu minaganak dika

Namun kelahiranmu adalah penghibur hati
Dibelai dan dimanja setiap hari
Di malam hari tidur tak berwaktu
Tapi tak mengapa kerana kau disayangi

Wahai anak apakah kau mengerti
Betapa deritanya ibu yang mengandung
Aduhai anak apakah engkau tahu
Alangkah deritanya ibu melahirkanmu

Hari-hari sudah pun berlalu
Usiamu makin bertambah
Seorang ibu sudah semakin tua
Namun terus berkorban untuk sesuap rezeki
Agar sempurna hari depanmu

Kini kau dewasa ibumu telah pergi
Waktu yang berlalu seakan memanggil
Sudahkah kau curahkan kasih sayangmu
Apakah terbalas segala jasanya
Surga itu di bawah tapak kakinya

Hanyalah anak-anak yang soleh
Bisa memberikan kasih sayangnya
Hanyalah anak-anak yang sholeh
Bisa mendoakan hari akhiratmu



7) Iwan Fals - Ibu
Penyanyi lagenda Indonesia ini popular sekitar 1970 dan 1980-an dengan album seperti 'Canda dalam nada' dan 'Perjalanan' mempunyai peminatnya sendiri di negara kita.




Lagu : Ibu
Oleh : Iwan Fals


Ribuan kilo jalan yang kau tempuh
Lewati rintang untuk aku anakmu
Ibuku sayang masih terus berjalan
Walau tapak kaki, penuh darah... penuh nanah

Seperti udara... kasih yang engkau berikan
Tak mampu ku membalas...ibu...ibu

Ingin kudekat dan menangis di pangkuanmu
Sampai aku tertidur, bagai masa kecil dulu
Lalu doa-doa baluri sekujur tubuhku
Dengan apa membalas...ibu...ibu....




6) Yusuf Islam ( I look I see) - Your Mother
Projek album kompilasi oleh Yusuf Islam dalam mendekatkan diri kanak-kanak kepada Islam dan keindahannya melalui karya-karyanya dan lagu. Saya gemarkan lagu ini. Alangkah baiknya sekiranya zaman kanak-kanak saya dulu sudah ada lagu sebegini. 




Lagu : Your Mother
Oleh : Yusuf Islam

Who should i give my love?
My respect and my honour to?
Who should i pay good mind to after Allah(sw) and Rasul-Allah?
Comes your mother,
Who next? Your mother,
Who next? Your mother,
And then your father

Cause who used to hold you
And clean you and clothe you?
Who used to feed you
And always be with you?
When you were sick, stay up all night
Holding you tight?
That`s right no other, my mother

Who should i take good care of,
Giving all my love?
Who should i think the most of after Allah and Rasul-Allah?
Comes your mother,
Who next? Your mother,
Who next? Your mother,
And then your father

Cause who used to hear you
Before you could talk?
Who used to hold you,
Before you could walk?
And when you fell, who`d pick you up?
Clean you cut?
No one but, your mother

Who should i stay right close to?
Listen most to?
Never say no to after Allah(sw) and Rasul-Allah?

Comes your mother,
Who next? Your mother,
Who next? Your mother,
And then your father

Cause who used to hug you
And buy you new clothes?

Comb your hair and blow your nose?
And when you cried who wiped your tears?
Knows your fears? Who really cares?
My mother

Say al-hamdulil-Allah
Thank you Allah
Thank you Allah for my mother




5) M. Nasir - Bonda
Komposer kegemaran sepanjang masa ini telah membuat banyak lagu-lagu terbaik negara dan di antaranya, lagu bonda. Mendengar lagu bekas pengetua AF ini, membuatkan saya berasa saya sedang berada di kampung. Ya, kampung yang dikelilingi sawah padi bersama bonda!.




Lagu : Bonda
Oleh : M. Nasir

Mengapa kanta ini masih berkaca

Sedangku telah pun terima di dalam redha
Segala kepahitan
Pengalaman menjadi penawar
Mengejar impi ke pintu Syurga

Duhai bonda
Bilakah akan ku kecapi kasturi
Penebus maruah
Dan semangat lama

Mengapa sinar neon dan gedung indah
Kotaraya yang menjanjikan sejuta rasa
Sejuta haruman
Kini menjadi penjara jiwa
Ku yang merindukan ketenangan

Duhai bonda
Hari-hariku kini berlalu
Bagaikan bahtera
Tanpa layar dan kemudi

Bonda
Akhirnya terbongkar jua rahsia
Tangisan dan gurindam
Keramat kasih sayangmu

Bonda
Saat dan pertemuan semula
Kita kali ini
Akan ku abadikan
Keramat kasih sayangmu

Oh! bonda
bonda..




4) Haddad Alwi & Sulis - Ummi
Saya mendengar lagu ini pada waktu kecil dahulu yang ketika itu lagu ini sering ditayangkan di RTM1. Penyanyi bersuara merdu ini sering berkolaborasi bersama Sulisdari album Cinta Rasul 1 hinggalah Cinta Rasul 7 hinggakan Sulis sendiri mempunyai Album orkestra sendiri.


Tajuk : Ummi
Oleh : Haddad Alwi & Sulis

Ummi yaa lahnan a'syaqohu
wanasyidan dauman ansyuduhu
Fikulli makanin adzkuruhu

wa-azhollu azhollu uroddiduhu
Ummi yaa ruuhi wa-hayati
yaa bahjata nafsi wamunaati
Unsi filhadhiri wal-ati...
Allohu ta'aala aushoni
fissirri walau fil i'laani
Bilbirri laki wal-ihsaani...
Ismuki manquusyun fi qolbi
Hubbuki yahdini fi darbi
wadu'a-i yahfazhuki robbiy...



3) Exist - Untukmu Ibu
Lagu merupakan lagu berhantu bagi saya, tak keterlaluan juga saya katakan lagu ini merupakan 'favourite-all-the-time' dari dulu hingga sekarang. Kanak-kanak 1990-an lain seperti saya pasti teringatkan lagu ini hinggakan ketika itu tak tahu lirik pun masih nak menyanyikan juga.




Lagu : Untukmu Ibu
Oleh : Exists
Oh! Ibu
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian

Dan aku
Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan

Hasratku ini
Masih belum sempat
Kubuktikannya kepadamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati

Ku tatapi potret mu berulang kali
Kurenungkan kalimah yang diberi

Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasihMu

Oh! Ibu
Kau kasih sejati
Kutaburkan doa
Untukmu ibu

Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu

Saat ini
Kuteruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu..



2) Ae-Man - Buatmu Ibu
Lagu nyanyian kumpulan nasyid Ae-man ini juga merupakan antara yang 'berhantu' bagi saya. Sungguh pun penyanyinya adalah kanak-kanak tetapi ianya mampu membuatkan saya menitis air mata sewaktu saya di sekolah dahulu. Ini adalah kumpulan Exist versi Nasyid, iaitu Ae-Man.


Lagu : Buatmu Ibu
Oleh : Ae-man
Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu.



1) Ahmed Bukhatir - Ummi
Penyanyi  yang berasal daripada Emiriah Arab Bersatu ini bukan sahaja dikenali sebagai penyanyi tetapi juga Qari' dengan kemerduan suaranya di dalam bacaan al-Quran yang turut pernah dihadiri ketika itu oleh Sheikh Mohammed Bin Rashid Al Maktoum dan Sheikh Abdul Rahman Al Sudais. Merupakan pilihan yang paling menyentuh hati pada saya hingga kini dan membuatkan saya ingin pulang ke rumah segera berjumpa dengan ibu saya.









Lagu : Ummi
Oleh : Ahmad Bukhatir

(Terjemahan)


I will return oh Mother
And kiss your chaste head
And supress (blame?) my desires
And taste the scent of your blessings
Besmirch in the richness of your feet
my cheek when I meet you
Water the soil with my tears
Happy that you are alive

How many nights did you stay up late
So that I could sleep to my content?
And how many times did you thirst
So you could quench my thirst with your tenderness?
And one day I was Ill, I do not forget
The tears from you that were like the rain
And your eyes which stayed awake
fearing that I may be in danger
And the day we parted at dawn
and Oh what a harsh dawn that was
Words cannot explain what
I felt when I abandoned you
And you told me things which I still
remember throughout my life
"You will never find a heart
more tender towards you than mine"
"You will never find a heart
more tender towards you than mine"

obedience to you, oh want of my life..
[is what] the God of existence has instructed me to do.
Your content is the secret of my success
And my love of you is the secret of my belief
And the sincerity of your prayer [for me]..
has resolved my misfortunes and my sadness
My love towards you..
no human being loves anything like it
You are the beating of my heart
And you are what lights my vision
And you are the tune on my lips
My problems cease when I see your face
To you I do return oh mother
Tomorrow I rest from my journey
And a second age will begin for me
and the branches will blossom with flowers..




Senarai Top10 lagu untuk 'Ibu' di dalam bentuk mp3
Berikut adalah 'senarai-putar' bagi Top 10 lagu Untuk Ibu berdasarkan senarai diatas. Anda ada senarai sendiri yang ingin dikongsi? Biarkan saya tahu di dalam kotak komen saya ya?.






Sayang Ibu..
Apapun, marilah kita mendoakan kesejahteraan Ibu kita yang banyak berkorban untuk kita sedari kita kecil hinggalah siapa kita hari ini. Selamat Hari Ibu.. Emak..


Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya seseorang akan diangkat darjatnya di syurga maka dia berkata: Wahai Tuhanku, dari manakah semua ini untukku?" Maka dijawab: "Daripada permintaan keampunan anakmu untukmu." - (Riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Baihaqi).