21 January 2009

Ini seni dan ini pula menyorok

*Ehem*. Minggu ini saya dilanda penyakit yang sama, penyakit-tidak-tahu-hendak-menaip-apa-lagi dan juga penyakit tambahan iaitu Eh?-rupanya-ada-banyak-kerja-ya?. Jadi bilamana saya tidak ketahuan, saya memilih untuk berdiam sebentar dan kemudiannya kembali menaip. Tetapi juga saya tak mahu ruangan ini bersawang. Jadi, entri ini tentang seni menyorok. Ini seni, tetapi ia menyorok.

Jadi Kalau saya diberi peluang untuk memilih superpower, saya akan memilih untuk menjadi halimunan!.  Oh..Ataupun sekurang-kurangnya mampu menyamar seperti Predator yang menyesuaikan dirinya agar harmoni dengan  persekitaran. Haha. Angan-angan atas angin~

Tetapi ada seorang jurufoto yang unik mampu berbuat demikian.  Beliau adalah Desiree Palmen. Jurufoto dan juga artis. Jurufoto kelahiran Belanda ini sering melakukan eksperimentasi yang jarang-jarang dilakukan segilintir jurufoto dan projeknya dilakukan di seluruh Eropah. Ini adalah antara hasil kerja beliau ketika melakukan projek pengawasan kamera Streetwise; bersama rakannya sendiri sebagai model.




 
  
  
  
Idea yang sama turut dikembangkan juga oleh Liu Bolin dari China, beliau lebih menekan penyesuaian manusia ke atas persekitaran mereka sendiri untuk "pertahanan diri".




 
 

Ini juga idea. Ingin juga saya melihat seni ini di sini. Dan ya, saya sebagai predator!.

20 January 2009

Hollywood dan Gaza

Sungguh dua tempat ini berbeza. Pernah tengak The Matrix lakonan Keanu Reeves? Ataupun Indiana Jones lakonan Harrison ford? Penuh dengan aksi hero-yang-tak-akan-mati? Tembak sana, tembak sini , bom lah macam mana pun; akhirnya yang menang heronya juga.


Sama dengan keadaan di Gaza. Kini sedang perang meletus, seluruh dunia tertumpu padanya. Dan antara mata-matanya yang tertumpu termasuklah mereka yang kita sering lihat di layar filem. Cuma kali ini ia yang mereka lihat kali ini bukannya main berlakon-lakon seperti mana yang mereka lakukan. Yang ini betul-betul~. Bomnya benar, pelurunya pun benar, sakit dan matinya juga benar.


Ada yang mengecam Zionis ini kerana ke-Brutal-an-kurang-ajar-lagi-tak-terhormat-ego-setinggi-langit mereka. Namun ada juga yang mendambakan mereka berbuat begitu.


Zaass~ Kita lihat :
 
 
“Orang Arab adalah sumber terorisme di dunia yang ada sekarang ini. Mereka menyerang orang tanpa meninggalkan seorang pun. Saya harap Israel menghancurkan mereka.”
TOM CRUISE - (Mission Impossible, The Last Samurai)
“Bangsa Arab hanya parasit untuk dunia ini, dan mereka mesti ditumpaskan habis.”
RICHARD GERE - (Pretty Woman)
 
“Bangsa Arab lebih hina daripada binatang, dan kita Yahudi adalah bangsa terpilih. Tak ada lagi pertanyaan mengenai hal itu."
HARRISON FORD - (Indiana Jones, Air Force One)
 
“Jika bangsa Arab kuat, mereka akan menghancurkan dunia. Maka sekarang, kita harus menghancurkan mereka.”
KEANU REEVES - (Speed, Matrix)
“Kemanusiaan akan hanya boleh ditegakkan di dunia jika negara Israel sudah berdiri.”
DUSTIN HOFMAN - (Tootsie)


“Cuba pelajari sejenak sejarah Yahudi, maka Anda akan tahu, siapa yang sebenarnya Pengganas.”
AL PACINO - (The Godfather)


“Bangsa Arab dan orang Islam bukan pengganas. Dunia harus bersatu melawan Israel.”
ANGELINA JOLIE - (Lara Croft)


“Keduanya, baik Palestin ataupun Israel, salah. Mereka harus menghentikan perang ini.”
WILL SMITH - (Ali, Men In Black)





 
“Bush, Sharon, Blair, dan Rice adalah nama-nama yang akan dikutuk sejarah sepanjang masa.”
GEORGE CLOONEY - (Ocean's Eleven, Batman & Robin)


“Kita selama ini hanya berkata dari sudut pandang yang mempunyai kekuatan, bagaimana kalau kita ada di posisi yang lemah?”
SEAN CONNERY - (James Bond)


“Zionis adalah sumber kehancuran. Saya berharap saya dapat melawan mereka.”
MELL GIBSON - (Lethal Weapon, Brave Heart)


“Kita sekarang hidup di zaman di mana yang kuat memakan yang lemah. Kita tak lebih baik daripada bangsa Arab.”
RALPH FIENNES (Shakespeare In Love)

Michael Heart - Song For Gaza

Michael Heart membantu dengan lagu untuk Gaza yang mana hasilnya akan didermakan ke UNRWA (United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees in the Near East), Klik Sini untuk muat turun mp3 "Song for Gaza".


Sumber : Eramuslim


09 January 2009

Favorite Worst Nightmare






Oh, kamera kesayangan saya rosak!Ya, kamera saya tu rusak!  Haha. Padan muka!. Guna kamera macam guna kayu golf! Memang patut pun rosak.
Maka, kembalilah  saya kepada asal, mengunakan kamera yang ada sahaja walau kamera henset sekali pun. Adapun, bagus juga kamera saya rosak, kerana selama ia rosak  membuatkan saya terfikir..
“Apa bendalah yang selama ini aku tangkap dengan kamera aku tu?”
Atau ianya sebagai peringatan yang saya patut :
“Don’t go too far~”
atau
“Use it for good?”
Hm.. Seseorang pernah berkata kepada saya,mari saya quote kan kembali disini.
“Kamera itu persis nikmat Allah yang lain, yang akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak”.
Jujur saya juga berkata-kata, saya bukanlah penguna kamera yang baik. Ada juga cacat celanya saya ini. Tetapi saya suka menangkap gambar. Baik yang buruk atau yang baik. Tetapi seboleh-bolehnya yang baik.. supaya saya boleh kongsikan kepada semua, kepada anda. Ya, Anda. Semuanya kerana anda sudi membaca blog saya yang tak seberapa ini,
Saya gemar berkongsikan apa yang saya lihat dan nampak kepada semua orang. Saya tidak segan berkongsi ilmu jika kamu tidak segan bertanyakan kepada saya walaupun saya tidak sepandai mana tetapi saya akan cuba membantu anda.
Haha. Baiklah! Biarkan yang rosak itu rosak! Kita yang tak rosak ni teruskan hidup. 


P.S : Saya nak belajar guna kamera filem pulalah, untuk rosakkan kamera filem pula.
P.S.S : Ehem, Jika ada diantara budiman-budiwati di luar sana yang bermurah hati untuk menaja saya kamera, saya terima dengan besar hati sekali.