09 January 2009

Favorite Worst Nightmare






Oh, kamera kesayangan saya rosak!Ya, kamera saya tu rusak!  Haha. Padan muka!. Guna kamera macam guna kayu golf! Memang patut pun rosak.
Maka, kembalilah  saya kepada asal, mengunakan kamera yang ada sahaja walau kamera henset sekali pun. Adapun, bagus juga kamera saya rosak, kerana selama ia rosak  membuatkan saya terfikir..
“Apa bendalah yang selama ini aku tangkap dengan kamera aku tu?”
Atau ianya sebagai peringatan yang saya patut :
“Don’t go too far~”
atau
“Use it for good?”
Hm.. Seseorang pernah berkata kepada saya,mari saya quote kan kembali disini.
“Kamera itu persis nikmat Allah yang lain, yang akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak”.
Jujur saya juga berkata-kata, saya bukanlah penguna kamera yang baik. Ada juga cacat celanya saya ini. Tetapi saya suka menangkap gambar. Baik yang buruk atau yang baik. Tetapi seboleh-bolehnya yang baik.. supaya saya boleh kongsikan kepada semua, kepada anda. Ya, Anda. Semuanya kerana anda sudi membaca blog saya yang tak seberapa ini,
Saya gemar berkongsikan apa yang saya lihat dan nampak kepada semua orang. Saya tidak segan berkongsi ilmu jika kamu tidak segan bertanyakan kepada saya walaupun saya tidak sepandai mana tetapi saya akan cuba membantu anda.
Haha. Baiklah! Biarkan yang rosak itu rosak! Kita yang tak rosak ni teruskan hidup. 


P.S : Saya nak belajar guna kamera filem pulalah, untuk rosakkan kamera filem pula.
P.S.S : Ehem, Jika ada diantara budiman-budiwati di luar sana yang bermurah hati untuk menaja saya kamera, saya terima dengan besar hati sekali.

16 comments:

susu dan biskut... said...

Favourite nightmare ye?
Memanglah faveret!
*Meremang bulu hidung*

Anyhow, the camera dah keluar wad kan?
Alhamdulilah...
Boleh tangkap gambar I. *Ehem!*
Penyeri gambar.

P.S: Gambar atas tu memang mengerikanlah! Hish...

orkedhana said...

oh man!
kalau aku mau guling2 sedih kamera rosak.
tak boleh terima oo.
hilang satu komposisi idup aku.
weh,tapi cam film aku rasa payah rosak.
cam film aku dah nak dekat 6 tahun,
steady gile!

Reds said...

loh...camna leh rosak dong?

nurul khairunie said...

tak elok lagi ke?
saya pun pengguna yang lasak.
last two days lens jatuh kt lantai.
rasa mcm nk nanges, semua ada.
panik gak lah.
next week nk hantar g centre, nak check.
kot2 ada something wrong.

haiihh.
mari kita menyayangi kamera kita =)

azaHmaeL said...

hahahha semua oren la nak rosak

Tawel Sensei said...

Alapak Syafiq! Tak boleh baik ke kamera tu lepas dah keluar bengkel? Apa pun semoga dimurahkan rezeki untuk beli kamera baru :D

P.S. Kalau ada sugarmummy nak taja kamera kau, mahu ke? Hehe!

Syafik said...

@susu dan biskut : Erk? Penyeri gambar? Seri ke? Haha. Macam boleh bagi rosak lagi kamera je? *ehem*

P.S : Laa.. untung tak letak gambar u kat atas tu. Kalo tak lagi ngeri. :P

@orkedhana : Saya dah berguling dan pun. Sejurus selepas ianya rosak. Tapi betul la kata hana. Macam separuh diri ini hilang. Tapi nasib baik tak hilang terus. Kamera filem memang tahan. Zenit daku, daku dah hentak2. Tapi boleh juga tangkap gambar lagi. Super tahan! :D

@Reds : Jatuh akibat kelalaian ketika di airport phuket. Tergamam juga ketika itu. Macam ni ha. :o

@Nurul khairunie : Wah? kamera fresh dah jatuh? ni petanda ni. :D Saya pun pernah jatuh sedemikian rupa. Hingga pecah berderai filternya. Tapi lens kamu masih baik bukan? haha. Ya, sayangilah kamera anda seperti anda menyanyi diri anda. :)

@azaHmael : Haha. Ye kot. Tetapi nasib baik oren ni tabah.

@Tawel Sensei : Alhamdullilah, Kamera dah tu dah elok. Kalau dimurahkan rezeki dapat kamera baru pun elok juga. ;)

P.S : Apa? Sugarmummy? er.. saya pertimbangkan kot? Haha. xde lah. :p

top the pop said...

aku pun tgh layan film nie..lyn OM ngan FE canon..weeeee..(aku simpati kat ko..hik3)

DrSam said...

salam,

saya masih suka guna SLR tua kesayangan saya yang masih menggunakan filem. 30 juta pixel negatif 35mm masih lagi memukau mata saya. cuma masa yang membataskan kreativiti.

SLR tua lain pun masih berguna lagi, nak pinjam boleh juga.

Syafik said...

@top the pop : Haha. Terima kasih atas simpati mu itu. Apa kiranya jikalau tuan hamba menghadiahkan kamera Olympus tuan hamba itu kepada saya untuk mengubat jiwa yang lara ini. Hehe. :p

@Dr Sam : Wasalam, Terima kasih kerana melawat blog hamba yang tak seberapa ini Dr. Sam. :D Saya baru sahaja mengunakan kamera filem. Er.. Kiranya mungkin saya boleh berguru dengan Dr. Sam. :)

top the pop said...

hahhaha..ganas permintaan itu tuan hamba..bagaikan ayam dipaksa terbang..x boleh tuan hamba..apa kata ,hamba purchase baru nye set..eiyargghhh!!...NGEh3

Syafik said...

@topthepop : Haha. Aduh, nampaknya saya kena berusaha keras untuk memastikan ayam boleh terbang ke udara. Dengan itu, saya boleh dapat kamera percuma! :D

FarEast said...

jom sama2 sambar D90 =)

Syafik said...

@Fareast : Tak mahuu~ mari sambar a700! :D

tintaHati said...

Nak taja kamera utk kamu...utk diri sndri pun xmampu lg....huhuu...maka hargailah apa yg kita ada sekarang! ;)

Syafik said...

@tintaHati : Betul juga. ;)

Post a Comment

Hantarkan maklum-balas anda kepada penulis. Maklum balas anda adalah perlu untuk :

1) Memastikan penulis tidak bercakap sorang-sorang.
2) Tahu siapa anda, dan melompat ke blog anda juga.
3) Membuatkan penulis terus tersenyum-perasan dan terus menulis.

Sekian. :)

Terima Kasih kerana membaca! :D