21 January 2009

Ini seni dan ini pula menyorok

*Ehem*. Minggu ini saya dilanda penyakit yang sama, penyakit-tidak-tahu-hendak-menaip-apa-lagi dan juga penyakit tambahan iaitu Eh?-rupanya-ada-banyak-kerja-ya?. Jadi bilamana saya tidak ketahuan, saya memilih untuk berdiam sebentar dan kemudiannya kembali menaip. Tetapi juga saya tak mahu ruangan ini bersawang. Jadi, entri ini tentang seni menyorok. Ini seni, tetapi ia menyorok.

Jadi Kalau saya diberi peluang untuk memilih superpower, saya akan memilih untuk menjadi halimunan!.  Oh..Ataupun sekurang-kurangnya mampu menyamar seperti Predator yang menyesuaikan dirinya agar harmoni dengan  persekitaran. Haha. Angan-angan atas angin~

Tetapi ada seorang jurufoto yang unik mampu berbuat demikian.  Beliau adalah Desiree Palmen. Jurufoto dan juga artis. Jurufoto kelahiran Belanda ini sering melakukan eksperimentasi yang jarang-jarang dilakukan segilintir jurufoto dan projeknya dilakukan di seluruh Eropah. Ini adalah antara hasil kerja beliau ketika melakukan projek pengawasan kamera Streetwise; bersama rakannya sendiri sebagai model.




 
  
  
  
Idea yang sama turut dikembangkan juga oleh Liu Bolin dari China, beliau lebih menekan penyesuaian manusia ke atas persekitaran mereka sendiri untuk "pertahanan diri".




 
 

Ini juga idea. Ingin juga saya melihat seni ini di sini. Dan ya, saya sebagai predator!.

5 comments:

susu dan biskut... said...

Bak lagu Wonderpet,

"Ini Serius!"

Hehe... Gilak ar! U, joinlah! Hehe...

Izudin Abqori said...

Dahsyat sungguh seni ini. Abqori hampir tak kejumpaan si Desiree itu ketika dia menyorok di dalam gambar yang ada makcik muslim berpakaian hitam itu.

Gambar yang paling disukai adalah gambar lagi satu yang juga ada makcik -Kristian agaknya- di Jerusalem dan gambar bersama kitab-kitab. Real nak mati (baca : mampus).

Askar yang tutup mata kawan beliau itu juga amatlah turut menarik perhatian. Bilalah Syafik boleh jadi begini agaknya? Cubalah menyorok di dalam awan pula ya. Tak pun di Tugu Negara. Haha. Bukan kutuk ini, tapi bagi semangat!

Syafik said...

@susu dan biskut : Tak boleh. Nanti siapa nak jadi wonder pet? Haha.

@Izudin Abqori : Haha, sungguh hamba tidak boleh buat begini. Kalau hamba cuba juga seperti ini, orang ramai tetap juga akan perasan, " Eh? Kenapa ada beruang kat tengah-tengah jalan ini?".

(Baca : Beruang juga yang mereka panggil hamba).

azaHmaeL said...

meh aku nyanyi

wonderpet~ wonderpet~
Kami datang~
membantu mereka yang memerlukan
kami tak besar dan kami tak kuat
bila bekerjasama semua jadi mudah
yey! wonderpetttt~

MazrulHisyam said...

Ilusinasi minda...memerangkap pandangan!
Tipah tertipu bangggg!

Post a Comment

Hantarkan maklum-balas anda kepada penulis. Maklum balas anda adalah perlu untuk :

1) Memastikan penulis tidak bercakap sorang-sorang.
2) Tahu siapa anda, dan melompat ke blog anda juga.
3) Membuatkan penulis terus tersenyum-perasan dan terus menulis.

Sekian. :)

Terima Kasih kerana membaca! :D