24 February 2009

Kamu kena tahu ini

Budak kecil pun tahu, boikot. Jangan beli. Budak kecil pun tahu, Zionis kejam. Penyokongnya kadang-kadang kita juga, penentangnya juga kita. Pelik juga aku.  Saudara-saudara kita di Timur tengah tu juga yang paling sakit sekali. 
Masa aku menulis kembali artikel ni, aku tahu. Ia mungkin lapuk sesetengah kamu. Bagi aku tak. Banyak risalah boikot produk Israel dan melata di mana-mana. Dari budak kecik sampai la ke bapak budak. Mereka baca. Mereka tahu produk mana yang kena boikot. Tapi mereka tak tahu kenapa. Yang paling haru sekali, mereka tak boikot pun. Bukan aku kata kamu semua. Aku juga salah.

Mari aku ceritakan sedikit kenapa kamu kena boikot produk-produk itu. Ya, kamu. Terus scroll tetikus ke bawah.

Coca Cola

Tahun 1997, delegasi misi ekonomi Israel memberi penghargaan ISRAEL TRADE AWARD kepada Coca Cola atas kesetiaan mereka memberikan bantuan kepaa negar itu selama 30 tahun!. 30 tahun kalau kau rasa tak lama, tak tahu lah. Kemudian Februari 2002, Coca Cola bekerjasama dengan FRIEND OF ISRAEL untuk menjadipenaja ceramah Tokoh Zionis ketika itu, Linda Gradstein, Di universiti Minnesota.

Tak cukup lagi. Tahun yang sama, Coca Cola buka pula kilang fabrik diatas tanah milik Palestin yang dirampas Israel. Ini kiranya adalah "Birthday Present" kerana sumbangan jutaan dolar Coca Cola kepada mereka. Ironinya, memang kita juga menyumbang. 

Johnson & Johnson

Tahun 1998, Roger S.Fineon wakil daripada perusahaan produk kesihatan keluarga ni mendapat penghargaan Jubilee Award dari PM Israel, Benyamin Netanyahu. Penghargaan tertinggi ini diberikan atas dasar kesetiaan syarikat ini memperkuat ekonomi Israel.
Nestle
Hah. Ini betul punya popular. " Good Food, Good Life". Antara produk yang terbanyak di negara kita.  Dan semua orang sukakannya. Ia satu perusahaan dengan Johnson Johnson. 

Revlon 


Pemodal perusahaan ini, Ronald Perelman adalah pendukung utama Zionis dan merupakan anggota The Simon Wiesenthal Center, kelompok ternama didunia pempromosi utama Israel. Sumber Majalah Forbes.

Mark & Spencer
 

Ini produk pakaian. Dari pakaian kanak-kanak hingga ke orang dewasa. Sir Marcus Sieff , pengerusinya menulis dalam sebuah buku bahawa tujuan perusahaan ini adalah membantu perkembangan ekonomi Israel ( Rujuk buku : Management: The Marks & Spencer Way, Weidenfield & Nicolson, 1990 ). Hei, mereka mendukung Israel dalam bentuk dagang sekitar $233 juta per/tahun ( Jerusalem Report, 5 Jun 2000 ). Itu benar-benar mendukung ekonomi kalau kau tanya aku. 

Nokia


Manager umum Nokia, Lars Wolf mengatakan dalam sebuah wawancara dengan The Jerusalem Post, 4 Mac 2001 “kami benar-benar berfokus pada Israel dari semua sudut pandang kerana kami memiliki projek Internal bernama Project Israel”.  Sumber

Mc Donald's





Tipu kalau aku kata aku tak suka Mc Donald's. Ya, "I'm Lovin It". Aku suka Double Posperity. Aku suka Chicken Mc Deluxe. Aku suka  double Cheese burger. Keroncong perut aku dengar. Aku tahan dulu itu. 
Menurut Chicago Jewish Community Online (Laman web milik Dana Syarikat Yahudi Chicago), Pejabat Besar McDonald’s Corporation yang berpangkalan diluar Chicago adalah sahabat bisnes Syarikat Dana Yahudi (Jewish United Fund-JUF) dan Federation.

Salah satu tujuan JUF adalah menjaga kepentingan ketenteraan, ekonomi dan diplomatik Amerika, mengawasi dan mengawal, kuasa media atas Israel. Salah satu CEO McDonalds, Jack M.Greenberg adalah anggota kehormat  Dagang dan Industri Amerika-Israel (Israel-America Chamber of Commerce).

Mahu juga aku tulis semua. Tapi rasanya cukup untuk membuatkan kamu terus merujuk di Sini. Sumber
Selamat merujuk.

19 February 2009

Berdua lebih baik

Jangan salah faham. Ini bukan itu. Tapi ini, ini..


Kita sedang bercakap tentang "dual monitor". Haah, yang diatas itu adalah "desktop" rupa ruang kerja aku dan haah juga, "dual monitor" yang mana kalau di hidupan nyata keadaannya adalah seperti ini:


Semuanya kerana aku sangat sibuk 2-3 minggu kebelakangan ni. Kalau ada kuliah, ada kerja. Kalau ada kerja, ada due date. Kalau ada due date, mahu tak mahu juga mesti kena hantar. Aku tak suka dua kali kerja, tapi aku suka dua kali ganda kerja. Sebab itu datang idea berdua lebih baik.

Membeli skrin LCD 22" adalah mustahil kerana kosnya yang aku rasa lebih baik aku guna untuk simpanan pergi ke "sana". Tapi hati aku masih juga melompat-melompat sambil teriak "aku mahu ruang kerja yang lebih besar!!" Jadi ini adalah alternatif yang lain.
Aku suka sangat kerja-kerja penglebaran ruang kerja ini. Kerana sekarang ia ditarifkan sebagai skrin 25.6" bagi aku. The New York Times pun berkata begitu tentang ruang kerja yang dilebarkan dengan skrin monitor berkembar:


Survey after survey shows that whether you measure your productivity in facts researched, alien spaceships vaporized, or articles written, adding an extra monitor will give your output a considerable boost — 20 percent to 30 percent, according to a survey by Jon Peddie Research.
Eleh, saja sebenarnya sedutan artikel itu, supaya seolah-oleh menyedapkan hati aku untuk tidak rasa bersalah kerana proses "menaik taraf" ini.
Hm.. sekarang, berdua itu memang lebih baik. Lepas ni boleh ke rasa-rasanya laptop tu jadi monitor ke-3?

Baca juga artikel The New York Times : The Virtues of a Second Screen