19 February 2009

Berdua lebih baik

Jangan salah faham. Ini bukan itu. Tapi ini, ini..


Kita sedang bercakap tentang "dual monitor". Haah, yang diatas itu adalah "desktop" rupa ruang kerja aku dan haah juga, "dual monitor" yang mana kalau di hidupan nyata keadaannya adalah seperti ini:


Semuanya kerana aku sangat sibuk 2-3 minggu kebelakangan ni. Kalau ada kuliah, ada kerja. Kalau ada kerja, ada due date. Kalau ada due date, mahu tak mahu juga mesti kena hantar. Aku tak suka dua kali kerja, tapi aku suka dua kali ganda kerja. Sebab itu datang idea berdua lebih baik.

Membeli skrin LCD 22" adalah mustahil kerana kosnya yang aku rasa lebih baik aku guna untuk simpanan pergi ke "sana". Tapi hati aku masih juga melompat-melompat sambil teriak "aku mahu ruang kerja yang lebih besar!!" Jadi ini adalah alternatif yang lain.
Aku suka sangat kerja-kerja penglebaran ruang kerja ini. Kerana sekarang ia ditarifkan sebagai skrin 25.6" bagi aku. The New York Times pun berkata begitu tentang ruang kerja yang dilebarkan dengan skrin monitor berkembar:


Survey after survey shows that whether you measure your productivity in facts researched, alien spaceships vaporized, or articles written, adding an extra monitor will give your output a considerable boost — 20 percent to 30 percent, according to a survey by Jon Peddie Research.
Eleh, saja sebenarnya sedutan artikel itu, supaya seolah-oleh menyedapkan hati aku untuk tidak rasa bersalah kerana proses "menaik taraf" ini.
Hm.. sekarang, berdua itu memang lebih baik. Lepas ni boleh ke rasa-rasanya laptop tu jadi monitor ke-3?

Baca juga artikel The New York Times : The Virtues of a Second Screen 

9 comments:

Fikree said...

haha. lucah doe screen dua. dah cm dalam bursa saham kuala lumpur dah aku tgk. :)

FArah said...

wahh!
adakah ini bermaksud capix dpt wak keje 2 ganda lagi cepat?? hermm.. ;D

Atykhah said...

sudah maju..
leh la aku serah kan proposal tu tuk kau buat!!
baru berbaloi!!!1

Syafik said...

@Fikree : Lain kali kena tulis Nota macam ni ( Baca : Lucah itu adalah Power ) Haih.. ni racun games Dota kuat sangat ni. :)

@Farah : Amin.. Itulah hendaknya. Azam ku semester ini adalah 4plet.. hehehe..

@Atykhah : Oh, tak boleh.. tak boleh.. nanti setiausaha tak tahu nak buat sebab tiada lagi kerja untuk dibuat. JAdi dari tiada, baik ada. :D

cheezybizqut said...

jd, lps ni bole la bg kje byk2 kt ko..haha

Izudin Abqori said...

Udahlah le Syafix. Sekarang adalah masanya untuk kita berubah. Abqori bukan saja ada dua desktop, bahkan empat dalam satu-satu masa. Siap kadang-kadang tu sampai buat lapan. Tapi biasanya hanya guna dua dalam satu-satu masa. Satu untuk menulis. Satu lagi untuk internet.

Dalam hidup Abqori lah, belum pernah lagi ada istilah dual monitor. Dual boot ada. Sampaikan sekarang hanya tinggal setapak lagi untuk triple boot. Hanya menunggu masa.

Semuanya kerana wujudnya Sumber Terbuka (baca : Open Source). Abqori rekemenkan Ubuntu. Brader Tawel kita itu pun membela Penguinnya di dalam Desktopnya yang berbilang-bilang itu. Sekejap penguin itu ke desktop di kiri. Sekejap makan di desktop kanan. Asyik berjalan. Abqori pun ada bela juga dulu. Tapi Penguin Abqori kuat merajuk.

Jom Berubah. Hasta La Vista kepada Vista. Haha.

Apa-apa pun selamat berjaya untuk kerja-kerjanya. Bittaufiq wan Najah (Good Luck dalam Bahasa Arab).

p/s : Maaf jika komen ini ada berbau keriyakan. Sungguh ia tidak ditulis dalam keadaan berhidung kembang. Terima kasih atas templatenya.

Syafik said...

@cheezybizqut : Boleh2, tapi kena tambah monitor lagi sampai empat macam kata abqori. :D

@Abqori : Saya yakin abqori mengunakan keempat monitor itu untuk mengodak2 template tempoh hari. Bagaimana? sudah habis kaji? Hehe. Alamak abqori, kena berguru dengan abqori lagi la ni. Habis banyak pun 2 monitor pun jadi la.. Abqori ada bela penguin juga kah? Saya gunakan mandriva sebagai but dedua (baca: dual boot) saya.

Kepada abqori juga, "podo-podo yo?" ( sama-sama dalam bahasa jawa).

p/s: sama-sama.. tapi psst.. dah bagitau penguin belum? mengamuk juga pahlawan jawa tu nanti. Hehe.

lidahaku said...

hawau pnya bhaiya..
hehehee
aku tertipu dgn lcd ko 2 tau
hahahaha
xpe2..
mari kita bersederhana dalam hidup...
(walhal hati ni juga jeles dgn skrin dual itu..)

Ibnu Zam said...

bila nak mai KL.. lama dah tak roger2 aku.. huuu

Post a Comment

Hantarkan maklum-balas anda kepada penulis. Maklum balas anda adalah perlu untuk :

1) Memastikan penulis tidak bercakap sorang-sorang.
2) Tahu siapa anda, dan melompat ke blog anda juga.
3) Membuatkan penulis terus tersenyum-perasan dan terus menulis.

Sekian. :)

Terima Kasih kerana membaca! :D