24 February 2009

Kamu kena tahu ini

Budak kecil pun tahu, boikot. Jangan beli. Budak kecil pun tahu, Zionis kejam. Penyokongnya kadang-kadang kita juga, penentangnya juga kita. Pelik juga aku.  Saudara-saudara kita di Timur tengah tu juga yang paling sakit sekali. 
Masa aku menulis kembali artikel ni, aku tahu. Ia mungkin lapuk sesetengah kamu. Bagi aku tak. Banyak risalah boikot produk Israel dan melata di mana-mana. Dari budak kecik sampai la ke bapak budak. Mereka baca. Mereka tahu produk mana yang kena boikot. Tapi mereka tak tahu kenapa. Yang paling haru sekali, mereka tak boikot pun. Bukan aku kata kamu semua. Aku juga salah.

Mari aku ceritakan sedikit kenapa kamu kena boikot produk-produk itu. Ya, kamu. Terus scroll tetikus ke bawah.

Coca Cola

Tahun 1997, delegasi misi ekonomi Israel memberi penghargaan ISRAEL TRADE AWARD kepada Coca Cola atas kesetiaan mereka memberikan bantuan kepaa negar itu selama 30 tahun!. 30 tahun kalau kau rasa tak lama, tak tahu lah. Kemudian Februari 2002, Coca Cola bekerjasama dengan FRIEND OF ISRAEL untuk menjadipenaja ceramah Tokoh Zionis ketika itu, Linda Gradstein, Di universiti Minnesota.

Tak cukup lagi. Tahun yang sama, Coca Cola buka pula kilang fabrik diatas tanah milik Palestin yang dirampas Israel. Ini kiranya adalah "Birthday Present" kerana sumbangan jutaan dolar Coca Cola kepada mereka. Ironinya, memang kita juga menyumbang. 

Johnson & Johnson

Tahun 1998, Roger S.Fineon wakil daripada perusahaan produk kesihatan keluarga ni mendapat penghargaan Jubilee Award dari PM Israel, Benyamin Netanyahu. Penghargaan tertinggi ini diberikan atas dasar kesetiaan syarikat ini memperkuat ekonomi Israel.
Nestle
Hah. Ini betul punya popular. " Good Food, Good Life". Antara produk yang terbanyak di negara kita.  Dan semua orang sukakannya. Ia satu perusahaan dengan Johnson Johnson. 

Revlon 


Pemodal perusahaan ini, Ronald Perelman adalah pendukung utama Zionis dan merupakan anggota The Simon Wiesenthal Center, kelompok ternama didunia pempromosi utama Israel. Sumber Majalah Forbes.

Mark & Spencer
 

Ini produk pakaian. Dari pakaian kanak-kanak hingga ke orang dewasa. Sir Marcus Sieff , pengerusinya menulis dalam sebuah buku bahawa tujuan perusahaan ini adalah membantu perkembangan ekonomi Israel ( Rujuk buku : Management: The Marks & Spencer Way, Weidenfield & Nicolson, 1990 ). Hei, mereka mendukung Israel dalam bentuk dagang sekitar $233 juta per/tahun ( Jerusalem Report, 5 Jun 2000 ). Itu benar-benar mendukung ekonomi kalau kau tanya aku. 

Nokia


Manager umum Nokia, Lars Wolf mengatakan dalam sebuah wawancara dengan The Jerusalem Post, 4 Mac 2001 “kami benar-benar berfokus pada Israel dari semua sudut pandang kerana kami memiliki projek Internal bernama Project Israel”.  Sumber

Mc Donald's





Tipu kalau aku kata aku tak suka Mc Donald's. Ya, "I'm Lovin It". Aku suka Double Posperity. Aku suka Chicken Mc Deluxe. Aku suka  double Cheese burger. Keroncong perut aku dengar. Aku tahan dulu itu. 
Menurut Chicago Jewish Community Online (Laman web milik Dana Syarikat Yahudi Chicago), Pejabat Besar McDonald’s Corporation yang berpangkalan diluar Chicago adalah sahabat bisnes Syarikat Dana Yahudi (Jewish United Fund-JUF) dan Federation.

Salah satu tujuan JUF adalah menjaga kepentingan ketenteraan, ekonomi dan diplomatik Amerika, mengawasi dan mengawal, kuasa media atas Israel. Salah satu CEO McDonalds, Jack M.Greenberg adalah anggota kehormat  Dagang dan Industri Amerika-Israel (Israel-America Chamber of Commerce).

Mahu juga aku tulis semua. Tapi rasanya cukup untuk membuatkan kamu terus merujuk di Sini. Sumber
Selamat merujuk.

8 comments:

lidahaku said...

heeeee..
pasal MCD 2 kita da tukar kepada dabel cis lain kan pik??kan?kan?
hahaha

iem2iem said...

macam menyesal makan McD selama nih....makan Otai bUrgerlah kitalah aku pas nih. . . . fries pasar malam dan air Cola tempatan...

Syafik said...

@lidahaku : Betul2. kita dah tak makan double cheese McD. Kita Dah beralih kepada Double Cheese Burger Abg Yus.

@iem2iem : Ya, belilah barang tempatan. Sos cap Aminah Hassan "confirm" tiada kaitan dengan Israel.

Reds said...

Tp kempen kali ni mcm lebih kuat...smpi skrg dh x mkn mcd

azaHmaeL said...

bagus kaw cerita balik.

aku pun hairan, dah terang dan nyata derang serang kita, tapi kita tetap menyokong dengan membeli barang2 derang. dulu boikot bukan main lagi. jerit sana. jerit sini. siap bakar2 bendera. kenapa tanak buat lagi sekarang? tengah sibuk dengan kes karpal singh ke sekarang?

yang penting doa. berkat doa, insyaAllah Allah akan tolong.

ini semua bergantung pada usaha kita jugak.

nak seribu daya tanak seribu dalih.

ps: posotive views on McD:

1) save money

"Oh, tapi sekarang McValue Lunch murah je. rm5 ++ je."

itu hanya iklan untuk menarik interest kita. mereka tahu, asal murah je, rakyat malaysia akan berpusu2 pergi untuk mendapatkan nya.

aku tak tipu, Double Cheese bege memang menggugat aku tp.. look at the +ve side: bege tepi jalan pun sedap what. tp... derang guna "produk maggi" hahaha

makan masakan mak lagi sedap!

2) boleh la mengurangkan lemak2 yang terkandung dalam badan tu.

bahaya makan fast foods kerap sangat. silap2 haribulan, tanggung la habuan kanser nanti...

buat lah demia agama kita, agama ISLAM!

sekian terima kasih :P

Syafik said...

@Reds : Betul2, dekat angsana hari tu kosong lagi takda orang datang.

p.s : agak2nya diorang drive thru kot. Tak pun call je untuk penghantaran ke rumah. :D

@azaHmael : Doktor suka double cheese burger? Haha. Maka saya mencadangkan burger tepi jalan pun sudah memadai. Walaupun McD membuat promosi dengan harga RM5. Tapi gerai tepi jalan tetap dihati. Rm 3 untuk chese burger. :)


masakan emak lebih sedap? Setuju! tp rumah jauh la doc. :D

kusu said...

aku tau sedikit fakta pasal ni sebelum ni..
btw, thanks ingatkan..
hee..
pasal link kau dekat blog aku yang hilang tu..
dukacita aku gtau ni semua angkara blog aku nye hosting..
nanti aku recover balik k..jangan risau :)

Syafik said...

Oh. Baiklah kusu. Ni yang sayang kau lebih ni. Hehe. :D

Post a Comment

Hantarkan maklum-balas anda kepada penulis. Maklum balas anda adalah perlu untuk :

1) Memastikan penulis tidak bercakap sorang-sorang.
2) Tahu siapa anda, dan melompat ke blog anda juga.
3) Membuatkan penulis terus tersenyum-perasan dan terus menulis.

Sekian. :)

Terima Kasih kerana membaca! :D