24 April 2009

Confession of a bookaholic




Anda tahu anda seorang "bookaholic" bila :


Oh please, not my book!
..Anda membawa sekurang-kurangnya sebuah buku ke mana sahaja untuk di baca. Keperluan buku adalah sama penting dengan telefon bimbit anda hingga jika hilang telefon pun tidak mengapa dan bukannya buku kesayangan anda.


Now or never..
..Anda tidak boleh meninggalkan kedai buku tanpa membeli sekurang-kurangnya sebuah buku. Jika anda tidak mampu membelinya, anda rela habiskan membacanya di situ juga.


Eh? Sama?..
..Membeli buku yang sama, hinggalah anda sedar."Oh, buku ini sama!". Anda terlalu suka akan buku itu hingga tidak sedar rupanya anda ada empat buah buku yang serupa.


Tiada maaf bagi mu..
..Rakan-rakan anda tidak mahu meminjam buku lagi kepada anda kerana dikhuatiri buku tersebut akan "pergi tidak kembali" atau penuh dengan contengan pada "quote" dengan pen highlighter yang anda taksub untuk mengetahui maksudnya.


Oh.. please... Yada.. yada..
..Pada satu tahap anda sangat - sangat mahukan buku yang ini sehingga anda rela meminjam wang rakan anda ketika di Pesta Buku kerana anda telah menghabiskan RM2++ untuk semua buku-buku yang telah dijumpai sebelum itu.


Again? Shall we?
.. Mengulang semula aktiviti anda di atas dengan gembira. Kerana anda memang bookaholic!


P.S : Calling all the bookaholics out there, lets visit KL Bookfair 2009 . We all know you are hungry for more(books)!.  ;D

14 April 2009

Ong! Ong!



Murid 1 : Cikgu, cikgu.. Hari ni balik jam berapa?


Cikgu : Jam 6  nanti baru boleh balik.


Murid 2 : Lamanya cikgu! Boring la macam ni...


(Murid 3 datang berlari-lari)


Murid 3 : Cikgu! Cikgu! Jom pergi tangkap katak!


Cikgu : Ehhh?? Katak? Dekat mana?


Destinasi : Longkang belakang sekolah

Siapa kata budak perempuan geli katak?

Oh, tolong jangan cium katak tu ya murid-murid. Takkannya dia bertukar jadi putera raja!

"Aku nak katak!"

"Kita mesti cari berudu lagi banyak dari cikgu punya" 
(Hehe.. tak dapat la korang. Cikgu dah collect semua katak yang ada.)

Hai.. nasib kau la katak.. 

Seeing them being so happy with those froggy-thingy. Remind me of myself, my childhood and how I love to be like those kids.. again. :)

Oh, lets catch some frog again sometime. Shall we? Haha. 


P.S: No frog were harmed "on purpose" during this photo shot. :)

03 April 2009

Ke Sekolah

Kali ini saya ke sekolah, untuk praktikum. Oh, saya dah nampak masa depan saya. Budak-budak ni yang gambarkan. :)



Amir, baju hebat tu apa?


Sofiah, kenapa cikgu macam pakai baju tidur je tu?



Eh?, Alif. Betul ke muka cikgu kembang macam tu? Haha.



Ikhmal,"Cigkgu" nampak kacak la!



Ha? haha. Selamat hari raya juga Ika.

Hari pertama di sekolah, barulah saya tahu kenapa cikgu saya garang dulu. Haha. Love the school, love the kids and love the job. InsyaAllah :)

Maka Allah adalah sebaik-baik Penjaga dan Dia adalah Maha Penyayang diantara para penyayang.