16 May 2009

Eid Al-Mualim

Tahun 1999 (Dahulu) 


Ini cikgu saya ketika berada di Tahun 6. Dengan anak-anak murid dia. 6 Cempaka namanya. Kelas nombor 2. Saya berdiri yang ke-enam dibarisan belakang sekali.  Waktu itu tahun 1999. Cikgu saya cikgu Aisyah. Yang juga merupakan makcik saya.  Makcik saya ni garang tapi baik. Dia mengajar sains. Kerja dia mesti disiapkan. Kalau tak siap? Maka siaplah anda dengan "roti panjang". Kamu tahu roti panjang?. Cubalah. Sedap juga. Cuma pedih.

Dia makcik, makcik juga. Cikgu pun, cikgu juga. Bila sampai bab hukuman. Tiada imunisasi langsung walaupun ada title "anak saudara" pada cikgu Aisyah. Sebat tetap sebat, dengan "roti panjang" tu. Sakit, memang sakit. Tapi sakit itu besar maknanya. Saya ingat sampai hari ini.


Tahun 2009 (Kini)


Ini saya, hari ini. Tahun 2009. Saya bersama dengan anak-anak murid saya pula. Sama seperti makcik saya dulu. Saya mengajar Sains. Juga sama seperti Cikgu saya dulu. Cuma bezanya saya tak gunakan "roti panjang" seperti makcik saya.

Sebaliknya, saya membelanja mereka makan roti di kantin sekolah. Itu rasanya lebih baik. Tak ada rasa pedih macam "roti panjang". Kenyang lagi ada la budak-budak tu. Biar mereka rajin belajar.

Tapi, sebatan guru itu yang mengajar saya. Besar jasa "roti panjang" tu sebenarnya. Sebesar jasa seorang Guru yang saya tahu..

Guru, Selamat Hari Guru..


p.s : Kepada rakan-rakan seperguruan yang membaca entri ini. Selamat Hari Guru Juga. :)

26 comments:

Mohd Shazwan said...

Selamat Hari Guru bro!! :D
semoga kita semua jadi cikgu yang terbaik ya :)

azaHmaeL said...

selamat hari guru!!

lame sungguh aku tak menyambut perayaan aka sambutan ini :)

aku ingat lagi hadiah hari guru yang paling kelaka aku penah bagi (kotak tisu) hahaha takleh bla

Syafik said...

@Shazwan : Eh? We? Baru jupo blog mu ni. Hoho Baguih2. Selamat Hari Guru juga Sir Shazwan. :D

@azaHmaeL: Mesti guru menangis terharu selepas itu. Haha. Nasib baik ada sekotak tisu dari anak muridnya. :)

Melancholic Fool said...

cane agaknye mengajar ea? mesti best kan? aduh... untung ko da stat... aku lameeeeee lagi...

samat ari guru...

padi said...

wah...semoga menjadi guru yang dedikasi dan ikhlas dalam tugas..all de best bro

Syafik said...

@Melancholic Fool : Eden, belum start mengajar lagi la Azhar. :) Eh2, Selamat Hari Guru. ;)

@Padi: Haha, bukan kita sekolah sama ke? Hehe. Selamat Hari Guru Juga. :)

FArah said...

wah..
slamat hari guru juga..
pada 'anak murid' yg bergelar guru pada hari ini..
;)

hanc said...

selamat2 kepada semua yang dah menjadi seorang guru atau dah bersare.. sElAmAt hArI gUrU!!!!!!! :)

miss GAZA said...

wah...
chekgu rupanya...
hepi chekgu day ya!!!
(japgi msti kna marah sbb guna bhsa rojak!)
chekgu ni sempoi btulla.
:]

Reds said...

Wah...comel2 anak murid....tahniah dan semoga menjadi seorang guru yg baik...jgn lupa snap gmbr2 yg menarik...

Syafik said...

@FArah : Selamat Hari Guru juga Kak cik!. :)

@Hanc : Haha. Terima Kasih Hanc. :D

@miss Gaza : Tak marah rasanya. kerana hamba guru sains. Haha. Terima Kasih Miss Gaza. :)

@Reds : Terima Kasih en. Harriz. :D Eh2, nanti kalo beli "mata ikan" tu boleh la try gune!. (Eh, boleh sumbat kat Sony ke? )

Abqori said...

Salam Syafik. Nampaknya makanan asasi kita sewaktu kecil-kecil dulu adalah sama. Cuma namanya saja yang berbeza. Saya punya, namanya "Karipap Panas". Meletup seluar dek kepanasannya. :D

azizan4444 said...

slmt ari guru..
ngee

Syafik said...

@Abqori: Karipap panas. Bunyinya lebih enak dari "roti" panjang. Tapi rasanya macam lagi pedih. :)

@Azizzn4444: Terima Kasih TinSusu 87.
Ngee.. :D

Reds said...

"@Reds : Terima Kasih en. Harriz. :D Eh2, nanti kalo beli "mata ikan" tu boleh la try gune!. (Eh, boleh sumbat kat Sony ke? )"

Sory bang, mata ikan ni utk nikon jer...klu nk gk kena ada teleconverter...hehe

Artdeep said...

kau cikgu?x tau pun...hahahah

Syafik said...

@artdeep : Haha. Ya, hamba cikgu. :D

@Reds : Hehe, aiseh. Xdapat la "mata ikan" percuma macam ni. :p

aiyrie said...

Assalamu'alaikum,

Alahai! Saya terasa dengan ayat:

"Orang yang baik adalah orang yang membaca.Pembaca yang baik adalah pembaca yang memberi komen.

Jadilah Pembaca yang baik. ;)"

Saya suka membaca, tetapi teramat jarang memberi komen. Almaklumlah, saya ni "silent blog jumper".

Eh! Haha! Barulah saya faham twitteran Encik Abqori tu tentang apa. Hehe!

Apa-apapun, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada Cikgu Syafik yang budiman lagi suka bermain dengan anak katak. Semoga anak-anak didikmu lesemuanya akan menjadi insan yang cemerlang, berkat ajaranmu.

p/s: Saya setuju dengan komentar Encik Abqori di twitter itu. Hehe!

Syafik said...

@Aiyrie : Waalaikumsalam.

Alahai, tak sangka pula. Tapi ada benarnya kata abqori itu. Haha. Baiklah maka ini jemaah blogger bersepakat memansuhkan "terma komen itu". Bermanfaat dan ada yg membaca juga sudah cukup mengembirakan saya. Terima kasih kerana membaca :D

Terima kasih untuk ucap selamat itu. InsyaAllah. :)

Abqori said...

@syafik @aiyrie
Oh, ada orang berkomplot untuk menjatuhkan saya di blog ini rupa-rupanya! Ini yang buat saya rasa macam nak naik taraf blog ini jadi blog angkat pula sebagai ganti blog Tawel yang telah berhibernasi buat seketika itu. ;)) Huhu!

Mungkin lebih pedih kerana yang men"jual"nya adalah seorang Sir berbangsa Singh yang bermisai lebat orangnya. Patutlah lidah saya fasih semacam BI nya. Alhamdulillah.

Syafik said...

@Abqori : Haha.Tiada komplot wahai abqori. Cuma maklum balas yang membawa kepada sebulat suara. :)

"Sir berbangsa Singh", "Jual" Ini komplot baru kah? :-O

Roy said...

Rum8...ko berkelakuan mcm budak2 ek? Igt org x kenal laa tue, hikhik!

melon. said...

mana blog black&white tu.
aku dah tak jumpa da.
smart block tu.

.::N.hasnah.Z::. said...

6Cempaka + Seri Makmur + Cikgu Aisyah...

Owh sama lah kita, cuma lain tahun jer :D

Anak buah Cikgu Aishah ek? Sedolor kah kite?

~salam ziarah~

rai said...

ah jwapan2 yang amat bernas

en_me said...

sweetnyerr cikgu ittewww.. salamms

Post a Comment

Hantarkan maklum-balas anda kepada penulis. Maklum balas anda adalah perlu untuk :

1) Memastikan penulis tidak bercakap sorang-sorang.
2) Tahu siapa anda, dan melompat ke blog anda juga.
3) Membuatkan penulis terus tersenyum-perasan dan terus menulis.

Sekian. :)

Terima Kasih kerana membaca! :D