07 May 2009

Khinzir itu belum cukup ganas lagi

Ya, Khinzir itu telah menjangkiti 1500 orang. Khinzir itu juga telah membunuh 30 orang lagi. Kini sedang mencipta nama di Mexico dan ada kebarangkalian di negara-negara lain juga. Agak lagenda juga khinzir itu. Tetapi si khinzir itu belum cukup ganas lagi..



Kolera  


Asiatic cholera. Menular di saluran pencernaan yang disebabkan oleh bakteria Vibrio cholerae. Bakteri ini biasanya masuk ke dalam tubuh melalui air minum yang tercemar atau dengan memakan ikan yang tidak dimasak, menyebabkan kematian maut kepada orang dewasa dan kanak-kanak.


Kenapa ia lebih ganas dari si khinzir? : 
Wabak ini menghantui dunia dari 1961 dan meningkat naik 96 peratus pada tahun 2006. Tahun 2008, WHO (World Health Organization) melaporkan wabak ini telah menjakiti 96,000 orang di Zimbabwe menyebabkan 4,200 kematian. Keadaan itu dibantu dengan masalah air di negara tersebut dan keengganan doktor mereka sendiri untuk bekerja di Negara mereka kerana faktor ekonomi.



Spinal Miningitis


Wabak yang menjangkiti saraf tunjang dan otak. Jangkitan bakteria ini ke otak boleh menyebabkan kematian segera sekiranya tidak dirawat dengan segera. 

Kenapa ia lebih ganas dari si khinzir? 
Membunuh 1,900 di tiga buah negara dan 1,500 di Nigeria sahaja. 56, 000 kes dilaporkan  pada 1996 dimana 25,000 orang mati. 


Ebola

Bukan skim E-bola sepak di internet. Ia adalah sejenis virusEbolavirus, familia Filoviridae, yang juga nama penyakit tersebut. Jangkitan virus ini boleh menyebabkan maut pasti sejak 1976. Berasal dari Sungai Ebola di Kongo.

Kenapa ia lebih ganas dari si khinzir? 
Wabak pada 2007 menyebabkan 187 kematian, 71 peratus dari mereka yang dijangkiti. Berita baik?, wabak ini sukar dijangkiti, tetapi maut-pasti adalah tinggi sekiranya terkena. Berita buruk? belum ada vaksin lagi untuk wabak ini. Ujian vaksin ke atas monyet berjaya dan belum kepada manusia. Ingin cuba?



Demam Denggi


Jangkitan oleh nyamuk yang akan menyebabkan masalah otot dan sendi. Secara umumnya tidak menyebabkan kematian. Tetapi mampu menyebabkan demam hemorrhagic pasti-mati.

Kenapa ia lebih ganas dari si khinzir? 
50 juta jangkitan dilaporkan dalam setahun. 50,000 orang dijangkiti di Bolivia dan 20,000 di Argentina. Australia sendiri berusaha keras menangani wabak ini yang telah menjangkiti 1,000 orang di negara tersebut. Cuba teka berapa di Malaysia?


AIDS


Acquired immune deficiency syndrome. Penyakit kegagalan sistem imun manusia terhadap penyakit. Jangkitan melalui hubungan intim, transfusi darah, kehamilan dan jarum yang tercemar.



Kenapa ia lebih ganas dari si khinzir?
33 juta orang telah dijangkiti di seluruh dunia ketika anda sedang membaca entri ini. Membunuh 25 juta orang di seluruh dunia dari tahun1981. China sendiri yang ketika ini menarik perhatian dunia dengan cepat melancarkan kempen ala draconian sebagai respon kepada Si khinzir tadi tetapi "kurang cepat" dalam memerangi wabak AIDS ini apabila 7,000 orang rakyatnya telah mati dalam 9 bulan pertama pada tahun 2008 sahaja.

p.s : Si "khinzir" yang dimaksudkan itu adalah wabak selsema babi atau swine flu. Sekian.



Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram.”

8 comments:

Basuh Baju said...

mmg btl apa yg dituliskan..tp selesema ttp merupakan antara penyakit yg berbahaya di dunia. apatah lg selesma babi (influenza A) yg masih blm dijumpai punca dan ubatnya..

Melancholic Fool said...

thankyou... terang gak mata aku...

untuk org yg mmg slalu kuar masuk spital... aku bersyukur lagila penyakit2 ni sume x terhinggap kat badan aku...

Syafik said...

@basuh baju : Banyak-banyak nama yang aku jumpa, nama kau ni boleh tahan peliknya juga. ;) Betul wabak udara paling berbahaya. Jika influenza A ini belum diketahui puncanya dan ubatnya, maka saya akan masukkan wabak ini dalam kalangan "Yang ganas" dalam entri 10 tahun akan datang. IA :)

Syafik said...

@Melancholic Fool : Syukur. :) Eh? kau sakit apa?

Melancholic Fool said...

erk... bukan kecoh satu maktab ke? aku ade 4th Epilepsy complex... dalam behasa melayunye... sawan yang complex... aku pun ta paham sgt... tapi syukur lagi la banding ngan ape yg ko senaraikan

susu dan biskut... said...

Thanks. Membantu tambah ilmu. Selamat Malaysia tak kena macam Zimbabwe dan negara-negara miskin yang lain tu.

Baru denggi pun dah kelam kabut. Kejap.

Syafik said...

@Melancholic fool : Sabar2.. ada hikmahnya tu. :)

Syafik said...

@susu dan biskut : Itu baru denggi, belum lagi buat statistik wabak sedara si khinzir tadi. JE!. Kejap.

Post a Comment

Hantarkan maklum-balas anda kepada penulis. Maklum balas anda adalah perlu untuk :

1) Memastikan penulis tidak bercakap sorang-sorang.
2) Tahu siapa anda, dan melompat ke blog anda juga.
3) Membuatkan penulis terus tersenyum-perasan dan terus menulis.

Sekian. :)

Terima Kasih kerana membaca! :D