17 July 2009

Boys will always be boys


Prolog

Pagi tadi sekolah aku ada buat ujian untuk pelajar. Aku jaga darjah 3. 3 Cerdik. Aha, aku suka darjah 3 Cerdik  ni sebab bila habis kelas aku akan dapat hasil "tuaian". Hasil untuk hari ini :



Firdauz punya Bumblebee. Dia bawa mainan ke sekolah. Aku nak rampas. Tapi dia tak nak bagi. Lagi dipaksa, lagi tak nak bagi. Jadi aku tukar taktik. " Firdauz, cikgu nak pinjam. Boleh?" Sekonyong-konyong dia beri, sambil tersenyum. Aku senyum. Dalam hati " Hehe.. bertuah le cikgu nak pulang balik pada kamu dauz.. hehehe.."

Beli juga


Aku tak rancang pun nak beli. Nampak masa isi minyak di Petronas. "Hensem juga ya." aku beli.


Firdauz, lets roll out!


Serius dauz, cikgu rasa Optimus Prime cikgu lagi kacak dari bumble bee kamu tu. 

Ps :  Besok, budak-budak ni bawak mainan apa pula ye? hehe.



Baca lagi..